Wednesday, September 22, 2010

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010




Semalam berakhirnya satu majlis ilmuan yang hebat. Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 ini dianjurkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Komuniti Buku Online (KBO).
Tema Seminar adalah 'Memperkasa Budaya Membaca Karya Terjemahan.'

Sebagai penterjemah bebas, pastinya peluang keemasan ini tidak dilepaskan. Ramai pakar ilmuan, bukuwan, penulis, pengarang, penerbit, dan pencinta buku pada amnya, hadir semalam. Teruja bertemu mereka, walaupun tidak sempat beramah mesra, tetapi berada di dalam dewan yang sama, sudah cukup membanggakan. 
Berikut adalah kertas kerja yang dibentangkan semalam: 

(a) Peranan ITNM dalam Memperkasakan Karya Terjemahan oleh Mohd. Khair Ngadiron,

(b) Peranan Komuniti Buku dalam Pembudayaan Pembacaan Karya Terjemahan oleh Shaharom TM Sulaiman,

(c) Pengalaman Estetika Membaca Karya Terjemahan: Perspektif Penterjemah oleh Dr. Syed Nurul Akla Syed Abdullah,

(d) Pengalaman Estetika Membaca Karya Terjemahan: Perspektif Pencinta Buku oleh Rahimi Saad

(e) Pengalaman Estetika Membaca Karya Terjemahan: Perspektif Penulis oleh Faisal Tehrani.

(f) Karya Terjemahan yang Mempengaruhi Peradaban Manusia oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan,

(g) Yusoff Zaky Yaakob: Potret Seorang Pencinta Buku,

(h) Penterjemah dan Penerbit oleh Nublan Yusoff Zaky,

(i) Gerakan Terjemahan Sebagai Gerakan Intelektual: Perspektif Sejarah Tradisi Intelektual Parsi oleh Ahmad Kamil Zuhairi

(j) Pendidikan Akal Bangsa Melalui Penterjemahan Komik oleh Zinitulniza Abdul Kadir.

(k) Sesi khas bicara bersama tokoh turut diadakan dengan pembentangan kertas kerja yang bertajuk Potret Pencinta Buku, Penulis, Penterjemah dan Penerbit oleh Abdullah Al-Qari Haji Salleh.

Dalam entri seterusnya, saya akan berkongsi pelbagai tip dan ilmu baru yang dipelajari sepanjang seminar ini. Insyallah. :D