Showing posts with label Ainon Mohd. Show all posts
Showing posts with label Ainon Mohd. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Aktiviti: Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis, Sabtu 19 Februari 2011

Baca sahaja tajuknya pasti muncul eskpresi... Fuhyyoooooooooooo!
Tajuk yang dashyat!

http://www.janawangdenganmenulis.com/

Empat individu berkongsi pada hari itu.

1. Tuan Fauzul Naim Ishak, Pengurus besar PTS Publications Sdn Bhd. Berkongsikan mengenai konsep re-code. Kaedah menjadi penulis super. Perlu re-code segala-galanya, hati, minda dan tindakan kita. 

2. Tuan Zamri Mohamad, Penulis Prolifik di Malaysia. Berkongsikan mengenai pelbagai tip bagaimana mahu menjana idea bagi menghasilkan karya yang menarik dan laku keras. Insyallah. 

3. Tuan Syaizul Amal, Pengurus Ain Maisarah, yang berkongsikan strategi penjenamaan Ain Maisarah. 

4. Puan Ain Maisarah, Novelis No 1 di Malaysia. Sudah tentu star of the day. Berkongsikan pengalaman dan perkara yang dilakukan bagi menghasilkan karya yang meletopsss di pasaran. Insyallah.

Teruskan menulis! Itu kata kunci utama. Menulis! Menulis! Dan terus menulis!

Monday, March 8, 2010

Cara Menggunakan FaceBook bagi Tujuan Bisnes

Cara Menggunakan FaceBook bagi Tujuan Bisnes
Oleh: Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS

Orang mempercayai produk kita bagus apabila mereka percaya diri kita bagus. Justeru, laburkan usaha supaya diri kita dipersepsi sebagai orang yang bagus di mata sahabat FB kita, khususnya mereka yang tidak pernah mengenali kita di dunia luar.

Bagi mencipta kita orang yang dipandang bagus, caranya adalah dengan menampilkan petanda kebagusan personaliti kita.

Antara tanda kita orang yang bagus adalah:

(i) Kita menulis posting yang menaikkan nilai-sosial diri kita. Dalam kata lain, orang suka membaca apa yang kita tulis disebabkan ia berguna kepada mereka.

(ii) Kita tidak menulis posting yang mencipta konflik dengan mana-mana pihak.

(iii) Kita menulis komen positif pada posting sahabat FB.

(iv) Kita menaikkan kredibiliti kita dengan menulis fakta sahaja, bukan pendapat ataupun penilaian.

(v) Kita menulis dengan menggunakan bahasa yang elok, tersusun, dan sopan.

(vi) Apabila ada sahabat FB yang sakit ataupun ditimpa kesusahan, kita mendoakan mereka.

dan seterusnya.....

Selagi orang belum yakin kita seorang yang bagus, jangan iklankan produk kita dahulu. Tunggu... Hanya apabila orang sudah betul-betul suka pada kita (nilai sosial kita tinggi), barulah sekali-sekala kita iklankan produk ataupun perkhidmatan kita.

Prinsip ini banyak persamaannya dengan iklan di TV. Kita tidak marah kepada pengiklan yang mengganggu siaran, dan kita sabar menunggu iklan itu tamat, hanya apabila program itu sangat bagus!

-----

Facebook (FB) adalah antara rangkaian sosial yang terpopular di Malaysia. Banyak sebenarnya kegunaan FB ini, selain daripada bersosial, mencari rakan baru, dan bermain online games.

Terpulang kepada kita menggunakan apa yang ada, dengan sebaik mungkin. :0)

-FRMY-

Friday, February 12, 2010

Blog adalah Duta Diri

Sifu PTS - Puan Ainon Mohd, sangat menggalakkan penulis PTS mempunyai blog peribadi dan mengemaskinikan blog itu paling kurang seminggu sekali.

Gunakan blog bagi tujuan positif sahaja seperti:

(a) Memperkenalkan latar belakang diri saudara sendiri.

(b) Memperkenalkan karya saudara sendiri. Tulis maklumat berkenaan (i) Nama penerbit, (ii) Tahun terbit, (iii) Jumlah halaman, (iv) Harga

(c) Tulis sinopsis setiap buku yang sudah saudara terbitkan. Sinopsis buku adalah amat berguna kepada pustakawan.

(d) Laporkan kursus dan bengkel yang saudara hadiri.

(e) Laporkan pertemuan saaudara dengan tokoh penulis lain.

(f) Laporkan buku yang saudara baru beli.

(g) Laporkan buku yang sedang saudara baca.

(h) Laporkan buku baru yang saudara sedang ditulis.

(i) Laporkan kegiatan persatuan yang saudara anggotai.

(j) Laporkan kedai buku yang baru saudara lawati dan apa buku baru yang terdapat di kedai itu.

(k) Laporkan aktiviti dan berita terbaru tentang rakan penulis lain.

(l) Laporkan ziarah ke pejabat penerbit saudara.

Blog adalah duta saudara.

Sumber : http://universitipts.com/index.php/site/2007/12/P30/

---
Begini memang banyak yang dapat dikongsi dalam blog ini. Mudahan diberikan semangat dan kesihatan yang sejahtera selalu, semoga segala urusan dipermudahkan olehNYA. Insyallah! Amin!