Showing posts with label BacaatLRT. Show all posts
Showing posts with label BacaatLRT. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

Baca@LRT Menyokong Gerakan Membaca Perdana, Sabtu 26 Jun 2010



Baca@LRT mengalihkan 'sokongan' dan 'kerjasama' 300% kepada gerakan membaca rakan sekutu kita di Selangor. Ini mengambil kira respon rakan-rakan sekutu yang banyak membantu Baca@LRT selama ini.

Dengan itu kami menganjakkan gerak kerja Baca@LRT Jun (Tema:Palestin) ke tarikh lain.

Kami bermesyuawarah dan ini keputusan kami,

"Kita akan turun dan menyokong 300% gerakan membaca di Taman Tasik PKNS Shah Alam pada 26 Jun 2010 Gerakan Membaca Perdana!"

Tentatifnya

Jam 9.00 pagi
Tarikh 26 Jun 2010 (Sabu)
Lokasi Taman Tasik PKNS Shah Alam




Kita membantu rakan-rakan yang berusaha ke arah budaya membaca. Dijangka 10,000 pembaca akan berada di situ.

Mohon hebahan di Facebook dan Blog kepada Tuan dan Cik Puan yang sedang membaca Notes ini.

BACA@... Buku Anda Cara Anda

Terima kasih

ZAMRI MOHAMAD
Perhubungan Komunikasi Baca@ dan BACA@LRT

----
Maklumat lanjut boleh didapati di sini:

http://kavyan.blogspot.com/2010/04/gerakan-membaca-perdana.html

Monday, April 19, 2010

Tema Baca@LRT 25 April 2010 = BERI


Mesej daripada salah seorang penggerak aktiviti ini yang dihantar ke dalam inbox FB.
------------------------------------------------------------

Aktiviti gila-gila Baca@LRT tanpa perhimpunan akan mengambil tempat 25 April ini.

Ini adalah foto untuk sebaran blog dan FB Tuan dan Cik Puan.

Klik di sini http://bit.ly/daxb1m

Pada tarikh 25 April 2010, jam 11.30 pagi, selepas membaca dari dalam LRT pelbagai arah ke KLCC, kita seorang demi seorang akan masuk ke Kinokuniya dan memasukkan hanya senaskah buku ke dalam kotak buku UNICEF ini.

Hanya senaskah sahaja. Jika kotak penuh susun di tepi kotak dalam keadaan teratur.

Klik di sini http://bit.ly/daxb1m


Kemudian keluar dalam keadaan tenang dan natural bertemu rakan lain bertukar buku yang dibawa untuk mereka.

Mesej penting, bagi menjaga situasi premis dan KLCC, tidak ada perhimpunan dan ucapan penutup kerana kita adalah natural.

Tindakan yang ringkas tetapi bermakna.

--------------------------------------------------
Kita jumpa 25hb April ini! :D

Tuesday, April 13, 2010

Baca@ LRT 25 April 2010


Aktiviti Baca@LRT seterusnya adalah pada hari Ahad 25 April 2010.
Tema pada kali ini adalah Beri. Apabila tiba di destinasi, semua yang mengambil bahagian akan berkumpul dan bertukar-tukar bahan bacaan, beri kepada yang lain.

Toko buku yang menjadi destinasi kali ini adalah Kinokuniya di KLCC.

Menurut Tuan Zamri Mohammad, salah seorang penggerak aktiviti ini:

"Di Kinokuniya KLCC, mereka bekerjasama dengan UNICEF dengan menyediakan kotak 'Beri' buku kepada mereka yang memerlukan. Buku yang terpakai dan masih elok dibaca, diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan tetapi minat dan mahu membaca. Bagaimana pada 25 April 2010 ini, kita sokong usaha Kinokuniya dengan memasukkan satu buku seorang ke dalam kotak itu? Selain bertukar dengan kawan di Baca@LRT. Saya akan bawa dua buku. Satu untuk kotak di Kinokuniya, satu untuk rakan."

------------------

Setuju dan suka cadangan ini!
Jumpa di sana! :0)

Saturday, March 6, 2010

Baca at LRT 20 Februari 2010

Alhamdullillah, akhirnya selesai aktiviti Baca@LRT pada hari Sabtu, 20 Februari 2010, dengan tema Sastera.


Kami (Danial dan Umi) bertolak dari rumah pada lebih kurang jam 8.45 pagi. Destinasi terus ke Amcorp Mall. Meletak kenderaan di tempat parkir basement. Kemudian, menaiki LRT Taman Jaya, terus ke KLCC.

Danial dengan buku Cars.



Seperti yang dijanjikan, kami geng Tidur Dengan Buku berkumpul di stesen LRT KLCC.


Namun, kami berdua tiba awal, jadi... sarapan dulu! :0)


Tepat jam 10 pagi, kami turun ke stesen bagi bertemu geng yang lain. Nyata, kebanyakan sudah ada di sana, termasuk geng Baca@Komuter dari Seremban.

Dari kiri: Azzah, Waida, Lin, dan Ifa.
Hadapan: Haris dan Luqman (kawan baru Danial!)

Apabil LRT yang ditunggu, akhirnya tiba, kami masuk dan menyertai rakan Baca@LRT yang lain.

Begitu meriahnya suasana membaca dalam LRT, sepanjang perjalanan ke stesen Taman Jaya.


Mereka duduk di hadapan saya di dalam LRT:


Ini editor saya di PTS PRO! :0)


Danial Jazmi dan buku Cars. Lokasi yang strategik! Di kepala LRT...


Buku pilihan hari ini: Rosli Dhobi, Rukun Berdarah.


Alhamdullillah, selamat tiba di stesen Taman Jaya.


Masa menyerbu kedai buku BookXcess di Amcorp Mall pula!




JOM MEMBACA! :0)

Wednesday, February 17, 2010

Papan Jadual Aktiviti Bulanan

Sejak hujung tahun lepas, saya mula menggunakan papan putih ini bagi mencatatkan aktiviti bulanan. Kini perancangan setiap bulan nampak lebih jelas, berbanding jika hanya tulis di atas kertas. Kertas pun entah hilang ke mana. Berikut adalah aktiviti yang berlangsung pada bulan Januari dan Februari.



Sabtu 16 Januari 2010 - Si Kecik Danial genap tiga tahun pada hari ini. Baru teringat, perlu ada post khas bagi majlis ini. :0)



Sabtu 23 Januari 2010 - Bengkel Secret Story yang pertama yang diadakan oleh Tim Secret Story. Ini adalah sesi perkongsian buku yang diberikan perencah tambahan menjadi lebih Santai dan Seronok. Pembongkar rahsia pertama adalah Cik Puan Azzah yang berkongsi buku karya sulungnya bertajuk Pilih Jangan Tak Pilih. Buku keduanya adalah Celoreng Biru, Kompilasi kisah menarik di Kem PLKN. Saya mengenali Cik Puan Azzah sejak kami bertemu di kursus latihan jurulatih PLKN, dalam 3, 4 tahun yang dulu.



Inilah para peserta sesi Secret Story Januari 2010.


Kawan baru dan lama,
Seronok bersama,
Santai bersahaja
Dapat Ilmu berharga.

Ahad, 24 Februari 2010 - Bengkel Penulisan PTS - Penulisan Bahasa Berpengaruh dan KJ Metod



Duduk di kerusi hadapan,
Lebih jelas pemandangan,
Ilmu diterima berkoyan-koyan,
Perlu dipraktikkan baru berkesan.



Berehat bergambar bersama teman,
Aktiviti sudah selesai dilakukan,
Senyuman manis tiada paksaan,
Ceria dan seronok, tiada tekanan.

Sabtu, 30 Januari 2010 - Di sebelah Pagi - Pertemuan bersama Editor PTS Pro bagi berkongsi perancangan perjalanan penerbitan 2010


Cik Puan Shiela dan Cik Puan Ann begitu bersemangat berkongsi.
Tuan A. Razak Adam dan Cik Puan Fatimah Rodhiah khusyuk mendengar.
Mata tidak berkelip-kelip! :0)


Sebelah Petang - Program Riuh-Riuh PTS Pro di Stadium Melawati Shah Alam, sempena Karnival MPH. Memang seronok! :0)




Barisan bakal penulis dan penulis PTS.

Ahad 7 Februari 2010 - Di sebelah petang - Jemputan daripada Sepupu ke Majlis Cuku Jambul anaknya yang ke4, Adam Harith. Lokasi, Ampangan, Seremban.



Di sebelah malam : Majlis makan malam tahunan Dasein Academy of Art. Tahun ini tahun ke3 saya mengajar subjek komunikasi massa di kolej ini. Lokasi makan malam: Bubba Gump Shrimp, The Curve, Damansara.



Terlupa mengambil gambar sebelum makan. Selepas makan, perut dah kenyang, baru teringat mahu mengambil gambar kenangan. Ini minuman fresh oren, free flow! (Bukan free sebenarnya, pihak kolej yang bayar..hehehe), udang bakar, tortilla chip, fillet ikan, dan ice cream bersama biskut cip coklat. Ada banyak makanan barat yang lain, tetapi semuanya pelik2 belaka... jadi tengok sahaja... Ahahahha...

Sabtu, 20 Februari 2010: Sebagai pencinta buku, saya akan menyertai aktiviti Baca@Lrt.


http://www.facebook.com/photo.php?pid=259975&id=1809950643#!/group.php?gid=211699456684&ref=ts


Ahad, 21 Februari 2010: Program Secret Story, Seronok & Santai. Lokasi: Dolomite Business Park, Gombak, Selangor


http://www.facebook.com/photo.php?pid=259975&id=1809950643#!/event.php?eid=298190991548&ref=ts

Jumaat - Ahad 26 - 28 Februari 2010: Bercuti bersama keluarga tersayang. Yahoo!!! :0)

Sunday, February 14, 2010

Baca@LRT 20 Februari 2010




Insyallah, pada hari sabtu 20 Februari 2010, saya akan menyertai pergerakan ini, yang akan turut disertai oleh ramai pencinta buku daripada pelbagai pelusuk masyarakat.

Baca@LRT satu gerakan rakyat membaca di LRT. Menjadikan aktiviti membaca sesuatu yang 'cool'. Aktiviti pertama dalam sejarah Malaysia bermula pada 16 Januari.

Klik di link Facebook yang disertakan di bawah, jika mahu mendapatkan informasi lanjut program 20 Februari ini

http://www.facebook.com/?sk=messages&tid=1240204317836#!/group.php?gid=211699456684