Kali ini saya berdua ke sana, dengan Danial si kecil bijaksana. Jenuh mengejarnya ke sana dan ke mari! Tujuan asal adalah mahu melibatkan diri dalam aktiviti Riang ria PTS Pro di booth PTS di seberang sungai. Hasilnya, penat mengejar Danial, dan tidak dapat bergambar bersama dengan Tim PTS Pro. Semangat saya sahaja ada di dalam gambar, fizikalnya entah di mana, mengejar Danial yang cukup aktif bergerak! Sehinggakan Puan Ainon, Pengerusi PTS, turut meluangkan kerisauan melihat keberanian Danial! :0)
Walaupun sibuk mengejar si kecil bijaksana, sempat lagi menyambar beberapa bahan bacaan, buku dan majalah
Baru tiba di PBAKL. Beg roda setia menemani.






