Showing posts with label Tim BEST. Show all posts
Showing posts with label Tim BEST. Show all posts

Tuesday, September 27, 2016

Mari Berkenalan!

(Post asal disiarkan dalam FB pada 9hb Ogos 2016)

Mari Berkenalan!
Ramai rakan baru di FB yang baru saya luluskan permintaan mereka. Rakan FB baru dan lama, marilah kita berkenalan!
1. Nama penuh seperti nama di FB - Fatimah Rodhiah Mohd Yusof. Biasanya dipanggil dengan nama Fatimah atau lebih mesra Tim. Nama lain, biasanya saya tak jawab sekiranya dipanggil. hahaha
2. Stay-at-mom dengan kerja tak pernah habis. Uruskan 2 si cilik super aktif, super bijaksana. Danial sudah darjah 3, Rayyan 3 tahun bulan ini. Macam2 karenah, macam2 cerita!
3. Penterjemah bebas sepenuh masa. (Professional Freelance Translator)

- Sudah lebih 10 tahun menterjemah pelbagai dokumen korporat, artikel, iklan, perubatan, dll.

- Sedang menterjemah buku ke-10. Semua 9 buku lain ada di kaver FB. :D

- Pemenang Anugerah Terjemahan Negara 2012 (kategori sains sosial) - Buku Cina Penakluk Bisnes Di Lautan Pasifik.

- Uruskan laman FB Penterjemah Super, Professional Freelance Translator English - Malay dan blog www.timpenterjemahsuper.com

- Bengkel latihan penterjemah baru kendalian saya hanya dilakukan sekali setahun. Eksklusif gitu! Alumni bengkel dapat keistimewaan menerima latihan penterjemahan berterusan.
4. Baru 6 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan. Menulis buku kanak-kanak/awal remaja dengan nama pena Umi Danial. Karya bertemakan sains – Siri Tim BEST (Buat Eksperimen Sains dan Teknologi)terbitan PTS. Semua gambar karya saya ada di kaver FB di atas tu. Mahu terus menulis buku kanak-kanak bertemakan sains. Kadang-kadang turut serta dalam komplot penulisan cerpen dengan sahabat penulisan lain dengan nama pena lain.
5. Suka jalan-jalan, kembara ke merata tempat. Ke mana sahaja pergi, 2 cilik super bijaksana itu akan diangkut sekali, sekiranya boleh. Semasa travel pun macam-macam cerita. Uruskan laman FB Kembara Tim BESTdan blog www.kembaratimbest.blogspot.com, khusus kisah kembara dengan anak-anak.
6. Pernah bertugas sebagai Pensyarah Komunikasi Masa (Mass Communication) di kolej swasta di Wangsa Maju, KL selama hampir 8 tahun. Mengajar subjek2 - Introduction to Mass Communication, Theories in Mass Communication, Ethical Issues & Legal Framework, News Writing & Reporting, Communication Skills, Public Relations Case Study, Soft Skills Development 3 dan Jumpstart Creativity. Masa yang sungguh seronok! Kecuali....trafic jem! Super stres dan super mencabar meredah keadaan super jem gila hampir setiap hari.
7. Siaran TV sudah lama tidak dibuka di rumah. Terlalu banyak pengaruh kurang sihat untuk 2 si cilik bijaksana saya. TV hanya digunakan untuk menonton video/cerita pilihan. Itupun selepas melalui saringan ketat berdasarkan Garis Panduan Kelulusan Umi.

- Khusus untuk Danial, gajet (tv, dll) hanya dibenarkan penggunaan pada hari sabtu dan ahad SAHAJA. Itupun selepas siap semua kerja sekolah dan siap latihan 10 ms untuk sebarang subjek. Sambil tonton tv, perlu kemas/lipat baju sendiri. Habis satu cerita, kelulusan perlu diminta semula. Haha!

- Khusus untuk Rayyan, hanya satu cerita dibenarkan ditonton dalam satu hari. (walaupun kadang2 terbabas 2 cerita). Kemudian, dia akan sepahkan satu rumah dan peningkan Umi dengan macam-macam aktiviti. Si cilik super aktif super bijaksana ini biasanya tidak tidur siang. Malam hari memang nyenyak sampai jam 4/5 pagi keesokannya.
* Saya memang jarang kongsikan perkara peribadi di laman FB ni. Sekali sekala ada kongsi posting menarik, yang saya percayai ada kebaikan kepada rakan lain. Sekali sekala ada rakan-rakan yang tag saya untuk pelbagai sebab ---> tag yang akan disemak dahulu baru diluluskan.
**Komain panjang cerita!
Agaknya kisah apa yang kalian mahu baca di sini?
Ada soalan? Tanya sahaja!
--------------
Bonus tambahan! (7 seperti tidak cukup...haha!)
8. Pernah menjadi Jurulatih PLKN. Antara jurulatih pioneer paling awal semasa PLKN baru dimulakan. Modul Pembinaan Karakter, Kenegaraan dan Khidmat Komuniti . Sama batch awal2 dengan Azzah Abdul Rahman. (Terima kasih ingatkan pasal modul tertinggal tu. haha!)
9. Dulu2 sangat aktif dengan aktiviti sukarelawan belia dengan Majlis Belia Malaysia, Unit Rakan Muda, Unit Hubungan Antarabangsa KBS, Pusat Belia Antarabangsa, Persatuan Pengakap Malaysia, GPMS, dan lain-lain. Sangat aktif sehingga terpilih menjadi wakil belia Malaysia ke Korea. Program ASEAN-Korea Youth 2003. Masa tu zaman Winter Sonata, siap ada iteneri program pergi ke resort salji dalam Winter Sonata tu! K-POP ni semua belum wujud lagi ya.

Sunday, May 22, 2011

PTS di Read Malaysia 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Temui PTS di Pesta Buku Read Malaysia 2011 yang akan berlangsung seperti berikut;

Tarikh : 27 Mei  - 5 Jun 2011
Masa : 11.00 Pagi - 10.00 Malam
Tempat : Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), MINES Resort City
Booth PTS : M16 - M21

Tawaran Menarik PTS ialah

- Diskaun Bermula 15% sehingga 30%
- Buku Percuma untuk 100 pembeli pertama
- Voucher diskaun bernilai RM1, RM2, RM5
- Penanda Buku Percuma

*Eksperimen Sains Tim BEST bersama Umi Danial adalah pada hari Sabtu 28 Mei, jam 1 petang. Marilah beramai-ramai berseronok melakukan eksperimen sains yang ringkas, mudah dan menyeronokkan!
Jumpa di sana! :D

Thursday, May 20, 2010

Nantikan kemunculan Tim BEST 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada saat ini, penulisan novel Tim BEST 2 sudah hampir siap. Insyallah hujung bulan ini, manuskripnya siap dan dihantar kepada editor.

Kalau diikutkan jadual, ia bakal diterbitkan Julai 2010. Semoga semua perancangan berjalan lancar can dipermudahkan olehNYA Insyallah! Amin! :D

Apa yang berlaku dalam Tim BEST 2?

Para pelajar Sekolah Rendah Sutera Kasih pergi outing bersama guru mereka.Tim BEST adalah antara tim yang terpilih. Bagi kebanyakan daripada mereka, ini adalah pengalaman yang pertama. Namun, ia tidak seronok seperti yang diharapkan. Malahan mereka dilanda bahaya pula! Apakah musibah yang berlaku? Bagaimana Tim BEST menyelesaikan cabaran yang dihadapi itu?

Nantikan kemunculan Tim BEST 2, tidak lama lagi! :D

Saturday, May 1, 2010

Berita GEMBIRA

Hari ini bangun pagi dan teringat mesej yang diberikan oleh sahabat saya, cik puan Waida.

"Jumpa buku Tim BEST di myNEWS!"

Berita yang cukup menceriakan! :D

(MyNews = kedai serbaneka yang menjual surat khabar, majalah, buku, dan pelbagai barangan lain seperti minuman, makanan ringan dan sebagainya.)

Monday, April 19, 2010

Kongsian | PTS Menambahkan Judul Sastera Sains untuk Kanak-Kanak dan Remaja

Mempelajari sains di sekolah, mahupun buku-buku teks sains yang terbaik, kedua-dua faktor itu tidak berupaya mencetuskan minat mendalam pada jiwa kanak-kanak dan remaja bagi meminati ilmu sains dan bagi mencetuskan cita-cita mahu menjadi saintis.

Banyak sekali kisah yang pernah kita baca dalam biografi saintis saintis terkenal mereka melaporkan bahawa minat mereka dalam bidang sains tercetus semenjak masih kanak-kanak apabila mereka membaca buku cerita sains.

Demikianlah peri pentingnya peranan yang dapat dimainkan oleh buku-buku sains yang dipersembahkan dalam format cerita dalam proses melahirkan saintis pada masa hadapan.

PTS sudah, dan terus, menerbitkan lebih banyak judul buku-buku cerita yang berdasarkan sains untuk bacaan kanak-kanak dan remaja supaya mereka berminat menjadi saintis.

Sumber:http://universitipts.com/index.php/site/comments/pts_menambahkan_judul_satera_sains_untuk_kanak-kanak_dan_remaja/


Tim BEST: Eksperimen Pertama


Dunia Sains Aiman: Demam F1

Wednesday, April 7, 2010

Tim BEST: Eksperimen Pertama


Tim BEST: Eksperimen Pertama sudah keluar!

Harga: RM14.50 / RM 16.50
ISBN-13: 978-967-369-004-6
Tarikh Terbit: 1 April 2010
Jumlah Muka Surat: 208

http://pts.com/index.php/buku/tim-best-eksperimen-pertama/

Tim BEST mengisahkan sekumpulan remaja di alam persekolahan. Sekolah dibuka semula selepas cuti persekolangan penggal akhir yang panjang. Semua gembira bertemu rakan semula. Tahun baru ini penuh dengan pelbagai cabaran dan kejutan. Cikgu sains baru. Rakan pindah sekolah. Pelajar baru yang pelik. Pertandingan S&T.

Siapa cikgu sains baru?
Apa kejutan yang berlaku?
Kenapa pelajar baru itu sombong sangat?
Best sebenarnya buat eksperimen sains. Baru tahu!
Apa itu Tim BEST?
Apakah eksperimen pertama Tim BEST?

Tim BEST, kini di pasaran.

--------------------------

Terima kasih atas sokongan!

Selamat Membaca!
Semua pendapat yang membina amat dialu-alukan.

Wednesday, March 3, 2010

Kemunculan Tim BEST, Mac 2010

Akhirnya Tim BEST akan muncul Mac 2010. Insyallah hujung bulan.

Apa itu Tim BEST?


Tim BEST mengisahkan sekumpulan remaja dalam alam persekolahan.
Sekolah dibuka semula selepas cuti persekolahan akhir tahun yang panjang. Semua gembira bertemu rakan semula. Namun tetap ada berita sedih apabila mendapat tahu seorang rakan mereka bertukar sekolah ke negeri lain. Tahun baru ini penuh dengan pelbagai cabaran dan kejutan. Cikgu sains baru. Pelajar baru yang pelik. Pertandingan S & T....

Siapa cikgu sains baru?
Apa kejutan yang dibawa olehnya?
Kenapa pelajar baru itu sombong sangat?
Baru tahu best sebenarnya buat eksperimen sains!
Apa eksperimen pertama oleh Tim BEST?

Semua persoalan ini akan terjawab dalam Tim BEST.

Selamat datang!


Sunday, January 31, 2010

6 Bulan Berlalu... Macam-macam yang berlaku

(Nukilan asal: Sabtu, 19 Disember 2009)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah 6 bulan berlalu dan pelbagai perkara yang berlaku. Namun itu bukan alasan untuk tidak menulis apa-apa. Hakikatnya, kebanyakan masa memang dihabiskan dengan menulis, tetapi bukan di blog ini. Saya sibuk menterjemah buku, mengedit buku dan menulis siri novel remaja yang pertama. Tambahan lagi, dengan pelbagai tugasan penterjemahan dokumen komersial dan tugasan mengajar di kolej swasta. Itu belum lagi termasuk masa berharga bersama keluarga, bersama Danial Jazmi, bersama ayahnya, auntie2nya, uncle2nya, dan atok2nya.

Wah, sungguh multitasking! :0) Segalanya mengenai kehidupan. Kadang-kadang, apabila tidak mempunyai sebarang tugasan, memang membosankan. Tetapi apabila mempunyai seribu satu macam perkara yang perlu dilakukan, terasa begitu sibuk pula.

Namun, sibuk itu bagus, memang bagus.
Sibuk bermakna, semua anggota badan kita bekerja, berfungsi dengan baik.
Sibuk bermakna, masa dipenuhi dengan pelbagai perkara yang berharga.
Sibuk bermakna, kita melangkah maju ke hadapan.
Sibuk bermakna, kita mempelajari pelbagai ilmu baru setiap hari.

Tanggal 20 Disember 2009, barulah ada sedikit masa terluang bagi mencatatkan sesuatu dalam blog ni. Walaupun, masih ada tugasan yang perlu disiapkan, tetapi rindu mahu menulis sesuatu di laman blog ini.

Mengimbas kembali, apa yang dilakukan sepanjang 6 bulan yang lepas, memang tidak dapat diingati secara terperinci. Secara amnya, antara perkara yang berlaku adalah:

1. Mengedit buku terjemahan - RAHSIA BISNES GOOGLE - PTS Profesional, Disember 2009
- Karya asal Bahasa Indonesia, diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.



2. Mengedit buku terjemahan - YOUTUBE - PTS Profesional, 2010
- Karya asal Bahasa Indonesia, diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.



3. Menterjemahkan buku motivasi - KUBIK LEADERSHIP - PTS Profesional, 2010
- Karya asal Bahasa Indonesia, diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.



4. Menulis novel remaja yang bertemakan sains dan teknologi. Buku ini bakal dijadikan siri, Insyallah. Novel TIM B.E.S.T. (Buat Eksperimen Sains dan Teknologi) berkisarkan mengenai sekumpulan remaja yang suka melakukan pelbagai eksperimen sains dan teknologi. Setiap daripada mereka mempunyai karakter dan aspirasi masing-masing.

5. Insyallah, memulakan projek terjemahan buku mind mapping pada minggu hadapan. Projek ini mencabar kerana ia perlu disiapkan sepantas mungkin. Buku ini berkembar, setebal 150 dan 190 mukasurat. Setiap satu perlu disiapkan dalam masa 2 - 3 minggu sahaja. Semoga segala urusan dipermudahkan olehNYA. Insyallah! :0)

Pasti boleh! Insyallah! :0)