Sunday, February 20, 2011

Aktiviti: Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis, Sabtu 19 Februari 2011

Baca sahaja tajuknya pasti muncul eskpresi... Fuhyyoooooooooooo!
Tajuk yang dashyat!

http://www.janawangdenganmenulis.com/

Empat individu berkongsi pada hari itu.

1. Tuan Fauzul Naim Ishak, Pengurus besar PTS Publications Sdn Bhd. Berkongsikan mengenai konsep re-code. Kaedah menjadi penulis super. Perlu re-code segala-galanya, hati, minda dan tindakan kita. 

2. Tuan Zamri Mohamad, Penulis Prolifik di Malaysia. Berkongsikan mengenai pelbagai tip bagaimana mahu menjana idea bagi menghasilkan karya yang menarik dan laku keras. Insyallah. 

3. Tuan Syaizul Amal, Pengurus Ain Maisarah, yang berkongsikan strategi penjenamaan Ain Maisarah. 

4. Puan Ain Maisarah, Novelis No 1 di Malaysia. Sudah tentu star of the day. Berkongsikan pengalaman dan perkara yang dilakukan bagi menghasilkan karya yang meletopsss di pasaran. Insyallah.

Teruskan menulis! Itu kata kunci utama. Menulis! Menulis! Dan terus menulis!

Selamat Tahun Baru 2011

Cepatnya masa berlalu! Bulan Februari 2011 juga sudah hampir ke penghujungnya. Entri terakhir adalah pada bulan September tahun lepas. Oh! Lamanya tidak menulis di sini. Banyak perkara yang berlaku dalam dunia penulisan dan penterjemahan ini.

Apa ya? Ingat2 lupa pula.

Peristiwa yang pasting diingati adalah lawatan (bunyi seperti lawatan sekolah pula. :D) ... Melancong ke Pulau Mabul di Sabah, dan juga Winter Sonata di Jepun! Woohooo! Memang seronok. Terlalu seronok sehingga terlupa mengenai duniaku ini.

Marilah menulis!