Wednesday, January 2, 2013

2012 yang pergi. Selamat datang 2013! - Bahagian 1 -

Bismillillahirrahmanirrahim.

Baiklah. Blog ini lama ditinggalkan bersawang sini sana. Kenapa?

1. Bukan sengaja. Masa lebih banyak diluangkan di dalam laman sosial FB. Mahu cari saya di sana? Lihat sahaja di bawah ini....


 

Carilah di FB dengan nama itu. Perkenalkan diri menggunakan mesej FB sebelum add saya sebagai kenalan. Usah memandai-mandai add, tanpa sebarang pengenalan. Seumpama masuk melulu ke rumah orang, tanpa beri salam. Tidak baik bukan?

2. Lebih fokus kepada 2 blog lain dan 2 laman peribadi lain. Tetapi, ketiga blog itu pun bersawang juga. Kenapa? Lihat sebab 1 di atas.

Apa blog dan laman peribadi itu? Ini dia... tadaaaaaaaaaa!

Blog 1 = http://kembaratimbest.blogspot.com/ : Kisah Kembara Menjelajah Bumi Tuhan yang Indah.





Blog 2 = http://koleksiposkad.blogspot.com/: Salah satu hobi saya daripada pelbagai hobi yang lain.




Laman Peribadi 1 = http://www.penterjemahsuper.com/: Semuanya Mengenai Penterjemahan.




Laman Peribadi 2 =  http://www.umidanial.com/: Dunia Karya Umi Danial 





3. Sibuk mengendalikan kursus online penterjemahan anjuran bersama Akademi Hero. Kursus selama 7 minggu ini mengambil banyak masa juga, terutama perihal persediaannya. Dan juga kerana ia kursus online! Di mana? Di FB! Kembali ke sebab 1 di atas. 




Selain daripada itu, apa yang dilakukan selama berjuta-juta jam di 2012?
Secara serius, saya perlu rujuk kalendar 2012. Semua butiran ada dicatatkan di dalam hp  yang berfungsi sebagai alat komunikasi kedua terpenting dalam hidup.

Mari kita lihat satu per satu, apa agaknya yang sudah dilakukan sepanjang tahun 2012?

Januari 2012 


Tidak ada catatan langsung! Hanya ada satu tarikh yang diboldkan iaitu 16 Januari 2012. Hari Danial Jazmi, si cilik bijaksana secara rasmi menjadi 5 tahun. Happy Birthday sayang! Sambutan kecil-kecilan di tadika. Dua jenis kuih disediakan, karipap dan donut. Hadiah khas buat semua rakan sekolahnya? Sudah tentu komik-M yang sesuai untuk si cilik berusia 4, 5 dan 6 tahun.

*Gambar mana? Serius tidak jumpa. Gambar ini pun jadilah. Gambar si cilik bijaksana. 




Selepas gode gambar dalam pelbagai alat teknologi tinggi, barulah terjumpa gambar ini. Macamanalah boleh terlupa!

2 Januari 2012 - Sepupu Danial lahir! Mohd Zahin bin Mohd Zamri (Mungkin salah eja, abaikan sahaja.)









Ini pula sambutan meraikan baby Januari bersama keluarga: 




Februari 2012

Mulai bulan ini, nampaknya lebih banyak tarikh yang diboldkan. 

1. Semester baru di Kolej sudah bermula! Dua hari dalam seminggu, sehari suntuk penuh kelas! 

2. Kembara ke Singapura! 3-5 Februari. Naik kapal terbang murahan Tiger Airways. Ikut pakej kawan-kawan ayah Danial. Akhirnya dapat menjejak kaki ke Universal Studio dan Zoo Singapura. Lihat! Tekun sungguh Danial membaca peta di Zoo Singapura. 



3. Uncle Amri, adik ayah Danial mengikat tali perkahwinan dengan Auntie Yana dari Jerantut! Mulalah perjalanan ke Jerantut buat pertama kalinya (oh bukan, kali kedua, pertama kali pergi semasa mereka bertunang tahun lepas - 2011) 

4. Dalam perjalanan pulang dari Jerantut, sempat singgah di kenduri kahwin teman, Puan Suhana Osman dan Encik GBam. 

5. Seminar Penterjemahan di ITBM




Mac 2012 



1. Dua hari dalam seminggu, sehari suntuk penuh kelas! 

2. Kembara keluarga ke Ipoh. Bawa Pak Atang Danial jalan-jalan. Dia cuti semester, pulang jauh dari Jepun. Pergi ke Lost World of Tambun. Rating: Sangat bosan untuk mereka yang mahukan adventur. Sewa pelampung besar hanya dapat digunakan untuk dua jenis slide sahaja. Lebih kepada santai-santai goyang kaki dalam air, tanpa permainan yang jerit-sekuat-hati-macam-nak-jatuh-jantung-sakit-perut-semualah. 

3. Ada tiga kenduri kahwin bulan ini. Kenduri Tuan Iskandar & Puan Yati di Jerantut. Wah! Jerantut lagi! Hari sebelumnya kami bermalam di JB - Janda Baik daaa. Pertama kali bawa Danial ke sini. Seronoknya dia berlari lari ke sana ke mari. 






Satu kenduri sepupu ayah Danial di Klang. Sekali sekala jalan di Klang.
Satu lagi kenduri kahwin adalah kenduri Puan Sarah di Kajang. Dekat sahaja. Baguslah.





4. Bengkel Penyuntingan Karya Kreatif 



5. Program Baca@Sekolah di Kajang. Alhamdullillah. Memang dekat! 



6. Okay. Baru teringat satu lagi peristiwa penting berlaku pada bulan ini. Sepupu ketiga Danial tiba!

Muhammad Umar bin Mohd Muslim

April 2012 

1. Dua hari dalam seminggu, sehari suntuk penuh kelas! 

2. Grand Opening Tamrin STS. Sesi khas dengan penasihat tetap Tamrin - Dato Fadhilah Kamsah. 

3. Kenduri kahwin sepupu Umi Danial di Seremban. Dokek jo. LEKAS kan ado.  

4. Hujung bulan. PBAKL bermula! Yahooooooo!








Mei 2012


1. Dua hari dalam seminggu, sehari suntuk penuh kelas! 
2. Sesi khas di PBAKL. Weeeeeeeeeeeeeee! Bukan sesi eksperimen Tim BEST ya. Sesi demo urut-urut bayi! *Manalah nak cari bayi untuk diurut ni? Semuanya demi buku ini. 




Inilah gelanggang comel, tempat beraksi!


Antara tangkapan di PBAKL
 3.Perjumpaan pertama penterjemah PTS. Kali terakhir berjumpa arwah Tuan Imran Yusuf, sahabat penterjemah yang cukup hebat. Al-Fatihah.




4. Bengkel Penulisan Buku Kanak-kanak. *Serius tidak ingat bengkel yang manalah ini.. Oh lalalala. 

5. Tidak sangka terima hadiah daripada pelajar sempena sambutan hari guru. 










Jun 2012


1. Dua hari dalam seminggu, sehari suntuk penuh kelas! Nasib baik, dua minggu sahaja ada kelas. Dua minggu lagi cuti! Yay! Cutilah sangat. Masih banyak kerja penterjemahan dan penulisan yang menunggu. 

2. Pertama kali ke Dungun, Terengganu. Hantar Mamibie Danial masuk UiTM Dungun.Pergi berlima. Perancangan asal berempat sahaja. Tiba-tiba ada pula nak ikut pada saat akhir. Lari habis semua perancangan.  Kami menginap di Residence Resort. Hotel di tepi pantai dan ada pool besar. 

Pool yang besar. Hmm... 



Paka itu di Dungun. Eh? Atau Dungun di Paka? Oh la la la la!

3. Bengkel Penulisan Buku Kanak-kanak. Okay, sudah ingat bengkel apa. Bengkel bersiri MBBY.

*Okay, esok sambung meneliti semula jadual 2012. Jenuh juga nak lihat jadual setahun dalam satu malam sahaja. Hahahha!