Thursday, August 19, 2010

Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Rumah Nur Salam


Tarikh: Selasa, 17 Ogos 2010
Lokasi: Celi Chalet, Kemensah, Ulu Kelang.

Hari yang ceria bagi lebih kurang 50 kanak-kanak dari Rumah Nur Salam, Chow Kit (http://nursalamchowkit.blogspot.com/). Apa tidaknya, lokasi berbuka puasa ini adalah di chalet yang dikelilingi pohon menghijau dan sungai yang mengalir. Bunyi desiran air sungai itu seakan-akan memanggil mereka. Dugaan yang mengujakan!

Chalet yang terletak di tepi sungai

Dalam debaran menunggu waktu berbuka, kanak-kanak itu seronok bermain dan bersenda dengan guru, kakak-kakak dan abang-abang yang ada. Ahli Alumni TRYLA (Tun Razak Youth Leadership Awards) yang merancang program ini, memilih lokasi yang berbeza bagi memberikan pengalaman yang baru kepada anak-anak ini. Ada yang tidak pernah melihat ayam hidup di sepanjang hidup mereka! Ada juga yang tidak pernah merasai suasana kampung seperti ini. 

Indah dan nyaman

Chalet yang bersebelahan sungai
Saya berbuka dengan mereka
Sukanya! Beratur mengambil juadah
Menikmati juadah
Terima kasih. Kami sudah kenyang!
Selepas berbuka puasa, kami menunaikan solat Maghrib. Diikuti oleh sesi ringkas suai kenal dengan kanak-kanak itu. Rupanya, ada juga sukarelawan Mercy yang turut serta dalam program ini. Saya tidak sempat berkenalan mesra dengan mereka.

Kegembiraan terpancar di wajah anak-anak ini
Walaupun kami meluangkan hanya beberapa jam dengan mereka, tetapi itu adalah tempoh yang paling bermakna.Apabila ditanya, pantas sahaja mereka menjawab, "Ya, kami mahu kembali ke sini! Terasa masa begitu pantas berlalu." Insyallah, kita akan bertemu lagi pada program yang akan datang.

Mahu pulang. Ada bekalan buat sahur sekali!



Apa agaknya yang dilihatnya itu?

Gambar beramai-ramai
Terima kasih kepada semua yang meluangkan masa bersama-sama menyertai program berbuka puasa ini, Alumni Tryla -->Radzi, Thomas, Erina, Adeline, Bavanie 
Sukarelawan Mercy --> Aizat, Najwa, dan beberapa individu lain (tidak sempat berkenalan dengan mereka)
Dan semua individu yang menyumbang kewangan dan tenaga, bagi membolehkan program ini dijalankan. 
Semoga segala usaha ini mendapat berkat daripadaNYA. Insyallah. Amin!

(Kredit Photo - Adeline & Radzi)

Monday, August 9, 2010

Selamat Datang Ramadan

Assalamualaikum,

Terasa seperti baru sahaja berpisah dengan Ramadan yang lalu.
Kini, ia muncul lagi.

Selamat Datang Ramadan!
Semoga kehidupan lebih diberkati dengan kehadiranmu.

Niat Sebulan Puasa Ramadan:

Dalam bahasa melayu, ia berbunyi, "Sahaja aku puasa sebulan Ramadan kerana Allah Taala"

Dalam bahasa arabnya, "Nawaitu sauma syahri ramadana hazhi hissanati kullillahi taa'la"





Niat Puasa Ramadan (dibaca setiap hari)

Dalam bahasa melayu, "Sahaja aku puasa esok hari di bulan Ramadan kerana Allah Taala."
Dalam bahasa arab, "Nawaitu sauma ghadin a'n adaai fardhi syahri ramadhana hazhi hissanati lillahi taala."




Doa berbuka puasa: 

Dalam bahasa melayu, bunyinya begini, "“Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Dalam bahasa arabnya, bunyinya begini, "Allahumma laka sumtu wabika amantu waa'la rizqika aftartu birahmatikaya arhamarrahimin." 







Semoga Ramadan tahun ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA. Insyallah. Amin!