Tuesday, March 23, 2010

E-Book Rahsia Publisiti



eBook Rahsia Publisiti ini dihasilkan oleh Tuan Harlym Yeo, pengamal media yang tidak asing lagi dalam dunia penyiaran di Malaysia.

eBook Rahsia Publisiti ini mengandungi pelbagai informasi berguna, terutama dari segi amalannya di Malaysia. Ramai yang mengganggap bagi mendapatkan publisiti produk atau organisasi di media massa, memerlukan wang yang banyak, kerana iklan berkos tinggi.

Namun, rahsia sudah terbongkar!

Publisiti di akhbar dan majalah, dapat dilakukan dengan kos yang rendah, dan tidak mustahil, PERCUMA!

Sebagai pensyarah bidang komunikasi massa, informasi ini mengukuhkan lagi pengajaran di dalam kelas. Tuan Harlym berjaya menyampaikan segala maklumat berkaitan publisiti dengan jelas dan mudah difahami.

Beliau juga membezakan pengiklanan dan publisiti, menjernihkan dan menidakkan anggapan popular iaitu pengiklanan dan publisiti adalah perkara yang sama.

Banyak tip berguna yang dikongsikan, termasuk tip penyediaan kenyataan media, tip persediaan wawancara media, dan tip mengundang media ke sidang media.

Selama ini anda beranggapan, hanya organisasi tertentu sahaja yang dapat ruang di media massa? Nyata anggapan ini salah! Sesiapa sahaja mempunyai peluang dipaparkan di dalam akhbar atau majalah.

Nilai tambahan eBook ini terletak pada senarai penerbit dan penerbitan di Malaysia. Hebat! Senarai yang pasti dapat membantu dalam rancangan publisiti anda.

Apa tunggu lagi? Download sekarang di http://www.rahsiapublisiti.com/

Ikuti juga http://rahsiapublisiti.blogspot.com/, bagi mendapatkan panduan meraih liputan media secara percuma, yang dikemas kini dari masa ke semasa. :0)

Terima kasih Tuan Harlym atas kongsian yang cukup bermakna!

Monday, March 22, 2010

Hobi Jasmin, ahli Tim B.E.S.T




Setiap ahli Tim B.E.S.T mempunyai hobi dan kegemaran masing-masing.Keistimewaan itu menceriakan dan mewarnai Tim B.E.S.T.

Hobi Jasmin ini sememangnya menarik! Dia suka mengumpul poskad dari seluruh pelusuk dunia! Kata Jasmin, "Saya mahu melawat ke setiap tempat menarik ini! Poskad ini semua adalah tingkap kepada dunia yang luas, di luar sana."

Setiap hari, apabila pulang dari sekolah, Jasmin pasti meluru terus ke peti surat rumahnya, mahu melihat jika ada poskad baru yang diterimanya. Bagaimana dengan hari ini? Ada! Sangat cantik! Semua kad ini diterima daripada Susan P. dari California.

Ada sesiapa yang mempunyai hobi yang serupa seperti Jasmin?


Poskad ini dipanggil 'map card' kerana ada peta di atasnya.
Poskad jenis ini susah didapati di Malaysia.



California State Capitol

Sacramento, California

Bangunan Kerajaan Negeri California yang indah ini dibina pada 1874 dan ia dipulihkan semula pada tahun 1982. Dalam Capitol Building ini ada tujuh ruang muzium bersejarah mempamerkan pelbagai sejarah dan maklumat berharga mengenai kerajaan negeri itu.




Terdapat pelbagai bentuk geografi di California, daripada puncak Sierra Nevada Mountains, ke pantai berpasir di persisiran lautan Pasifik. Dari kiri ke kanan, sukan ski salji yang dapat dilakukan di lereng di Mammoth Mountain, Hutan Pokok Joshua yang cantik di barat daya padang pasir. Golden Gate Bridge di San Francisco, CA. Mouth Witney, puncak tertinggi yang terletak berdampingan dengan 48 negeri, dan salah satu pantai yang indah di California selatan.



Keempat-empat kad di atas, diletakkan di dalam kad bergambar Snow man ini. Kad ini menarik kerana ada 'glitter' di atasnya!



Scottsdale, Arizona

Nama asal bandar Scottsdale, AZ adalah Orangedale . Pada 1894, namanya ditukar menjadi Scottsdale, sebagai penghargaan kepada pengasas bandar iaitu Winfield Scott. Kini, kawasannya meliputi kira-kira 183.4 batu persegi dan adalah dikenali sebagai salah satu bandar mewah di Arizona.


Saturday, March 20, 2010

Berita terkini: Kemunculan buku Tim B.E.S.T. di pertengahan PBAKL 2010. Insyallah! Amin!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari Jumaat, 19hb Mac 2010, saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung sehingga 28hb Mac ini.

Antara misi utama ke sana adalah mencari bahan baru bagi penulisan buku novel Tim B.E.S.T. yang seterusnya dan beberapa siri yang sedang dirancang. Saya juga mahu mendapatkan pelbagai buku terbitan terbaru PTS dan beberapa penerbit lain.

*Saya akan menulis lebih lanjut mengenai PBAKL 2010 ini dalam posting yang berbeza.

Mahu dipendekkan cerita, saya berjumpa dengan Editor saya yang comel lote iaitu Cik Puan Shiela. Belum saya sempat bertanyakan apa-apa, Shiela terus berkata, "Kak Tim, buku Tim B.E.ST. sedang dalam printing! Insyallah, jika tiada aral, pasti keluar minggu hadapan, di pertengahan PBAKL!"

Saya tersenyum panjang! Wahhh... Hasil karya yang pertama. Berdebar-debar juga ada! Bagaimana penerimaan pembaca di luar sana? Misteri yang akan terjawab tidak lama lagi.
Apa yang penting, dalam apa jua keadaan, perlu sentiasa membuka minda, bagi menerima sebarang pendapat, komen dan kritikan yang membina.

Insyallah, siri yang seterusnya menjadi lebih berkualiti dan lebih baik. Amin!

Tidak sabar bertemu Danial, Iskandar, Vela, Soo Mei, dan Jasmin. - Ahli Tim B.E.S.T.!

Monday, March 15, 2010

Stunning Pictures Of A Solar Corona

Masyallah! Hebatnya ciptaan Tuhan.
Maklumat ini juga pasti berguna bagi siri Tim B.E.S.T. yang seterusnya.
Mungkin diberi tajuk: Tim B.E.S.T. di Galaksi Bima Sakti. Apa pendapat kamu?

-FRMY

-----------------------------------------------------------------------


Stunning pictures of a solar corona where temperatures around Sun reach 2,000,000c
By Michael Hanlon

Shooting a million miles or more out into the hard, cold vacuum of space, this fiery halo is one of the wonders of the universe.

(image source: google.com)

Whipped into gigantic swirls by the Sun's ferocious magnetic fields, the shell of super-hot gas is as beautiful as it is dangerous.

It's called a corona and can't normally be seen because of the brightness of the Sun, a broiling sea of hydrogen gas at 10,000c. But during a solar eclipse, the Moon blocks out the Sun and the corona is spectacularly revealed.

(image source: wikipedia.com)

A photo montage captured during a solar eclipse in July 2009. The beautiful image shows the solar corona that makes up the sun's 'atmosphere' in amazing detail as the sun passes behind the Moon

(image source: google.com)

Even though there are small pink areas resulting from over-exposure, the result is still the clearest picture yet of this extraordinary phenomenon. To understand it is to come closer to grasping the awesome power of the Sun.

(image source: google.com)

This flaming ball of hydrogen and helium gas, at 865,000 miles across, is 100 times wider than the Earth, with a million times its volume. Powered by nuclear reactions in its core, it is the most majestic object in our skies.

(image source: google.com)

As well as being very hot, the ionised gas of the corona (called plasma) has a superthin consistency. It is less than a billionth of the density of the hydrogen that makes up the main ball of the Sun

As hot as the Sun is, the corona is 200 times hotter - more than a million degrees celsius. Why this should be is a mystery. Some believe it is the result of a form of heating called induction - the same thing that powers hi-tech cooking hobs.

(image source: google.com)

As well as being very hot, the ionised gas of the corona (called plasma) has a superthin consistency. It is less than a billionth of the density of the hydrogen that makes up the main ball of the Sun.

The odd result of this is that if, by some magic, you were to touch the corona, you would freeze rather than fry.

Despite its thinness, the corona can pack a deadly punch. Occasionally, the Sun's surface erupts in a solar quake, a paroxysm of gigantic storms and flares. Sometimes these are powerful enough to eject vast blobs of corona gas into space at millions of miles per hour.


This was the view from the Marshall Islands for Mr Druckmuller where the pictures were taken. He has travelled the world chasing eclipses

In 1859, one such eruption hit the Earth square on, generating a brilliant aurora in the night sky (bright enough to wake sleeping Gold Rush miners in the Klondyke) and shorting out much of the world's nascent telegraph system.

(image source: google.com)

Though solar storms can't hurt humans directly, the 1859 event was powerful enough to melt copper cables. Should such an event happen today, it would cause utter chaos and could well precipitate an economic meltdown.

Our electricity grids would be fried and phone and internet lines would be shut down.

But what's the likelihood of that happening? Unfortunately, it's impossible to say - though some scientists predict another corona eruption in the summer of 2012, when the Sun is predicted to enter a new 'manic' phase of turbulence.


[image: solar eclipse graphic. Source:http://estravizhausen.tumblr.com]

*A total eclipse is only seen along a narrow band on Earth that is covered by the Moon's umbra*

Amalan Lestari Untuk Kesejahteraan Sejagat

Kita semua perlu menjaga alam sekitar yang cukup berharga ini.
Apa yang penting, setiap daripada kita ada peranan masing-masing dalam menjaga kebersihan dan mengekalkan keindahan alam semula jadi.

Apa peranan kita sebagai sebahagian daripada komuniti dunia ini, demi kesejahteraan sejagat?

-FRMY
-----------------------------------------------------------------------------




Oleh : Chia Siow Ching
Mahasiswa UKM

Pada masa sekarang, amalan penggunaan barangan atau perkhidmatan yang tidak lestari menyebabkan kuantiti sampah semakin bertambah dan seterusnya mengakibatkan masalah kekurangan tempat menyimpan dan memproses sampah-sarap. Di dalam konteks pembangunan yang berdasarkan gaya hidup mewah dalam masyarakat hari ini, pengguna banyak membazir dan telah mencemarkan alam sekitar ini. Oleh itu, dengan menyedari betapa seriusnya pencemaran alam sekitar inilah yang telah mewujudkan kesedaran baru yang dikenali sebagai pembangunan lestari.

Amalan lestari adalah amalan menggunakan barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas supaya mencapai kualiti hidup yang lebih tinggi dengan masa yang sama pula mengurangkan penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran bahan pencemar supaya tidak menggugat keperluan generasi akan datang. Amalan lestari amat mengutamakan penggunaan sumber air, tenaga dan sumber-sumber asli yang lain secara berhemat. Penggunaan alternatif-alternatif kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dan arang batu juga digalakkan. Selain daripada penggunaan sumber asli dengan berhemat, penggunaan teknologi yang bersih dan mesra alam juga dapat mencapai kualiti hidup yang tinggi.

Masyarakat yang lestari akan wujud sekiranya pengguna dan pengeluar dapat sama-sama mengamalkannya serta mempengaruhi kawan-kawan sekeliling turut mengikuti penggunaan lestari. Dengan ini generasi akan datang mempunyai peluang terus menggunakan keperluan asas dengan mudah. Amalan lestari boleh diaplikasikan dengan begitu senang di semua tempat samada di rumah, di pejabat, di pusat beli-belah atau semasa belajar di sekolah. Kehidupan kita selalu berkait rapat dengan lestari jika kita lebih prihatin terhadap alam sekitar. Ramai orang kurang mengaplikasikannya kerana mereka menganggap pengaruh tingkah-laku seseorang itu tidak besar. Namun pemikiran sedemikian harus diubah kerana pengaruh besar akan dapat dinampak sekiranya setiap orang juga mengamalkannya.

Penjimatan elektrik amat penting kerana penggunaan tenaga yang cekap boleh memanjangkan hayat penggunaan barangan elektrik serta boleh memelihara alam sekitar melalui pengurangan Kesan Rumah Hijau” dan pemanasan sejagat. Penggunaan lestari dapat diamalkan di semua tempat dalam kehidupan seharian. Kertas kitar semula serta penggunaan kedua-dua belahnya digalakkan supaya dapat mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Ini adalah kerana untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 batang pokok yang terpaksa ditebang dan diproses. Bagi mereka yang bekerja boleh mengamalkan amalan lestari dengan berkongsi kenderaan bagi mengurangkan pencemaran udara, kesesakan jalan raya dan menjimatkan perbelanjaan.

Selain daripada amalan yang disebut di atas, kita juga boleh cuba menanam sayur-sayuran secara hidroponik di sekitar kawasan rumah. Cara penanaman ini tidak memerlukan ruang tanah yang luas, sayur-sayuran yang ditanam segar, bebas kimia racun perosak serta sihat dimakan. Sisa-sisa sayuran dan buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai baja organik. Aktiviti ini boleh dijadikan sebagai aktiviti keluarga pada hujung minggu. Kos perbelanjaan rumah dikurangkan serta hubungan antara ahli keluarga juga dapat dieratkan melalui amalan lestari ini.

Tiba masanya bagi kita sebagai penghuni planet bumi mengubah sikap yang tidak berhemah dan tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar supaya alam sekitar yang dinikmati oleh masyarakat sekarang ini dapat diwarisi kepada generasi akan datang. Di samping itu, amalan lestari ini akan dapat membentuk sebuah masyarakat yang lebih prihatin terhadap alam sekitar dan hidupan lain seterusnya memberi kualiti hidup yang lebih tinggi dan selesa kepada semua golongan dalam masyarakat ini.

(Sumber:


Heart of Gratitude


A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: "I am blind, please help." There were only a few coins in the hat.

A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy.

That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, "Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?"

The man said, "I only wrote the truth. I said what you said but in a different way."

I wrote: "Today is a beautiful day but I cannot see it."

Both signs told people that the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people that they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

Moral of the Story:
Be thankful for what you have.. Be creative. Be innovative. Think differently and positively.
When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile.
Face your past without regret.
Handle your present with confidence. P
repare for the future without fear.
Keep the faith and drop the fear.

The most beautiful thing is to see a person smiling.

And even more beautiful is, knowing that you are the reason behind it!!!

The choice is yours. What would you do?
Enjoy your day with a heart of gratitude.

Friday, March 12, 2010

Poskad yang Tiba Semalam


Poskad ini yang diterima semalam, dikirimkan oleh Karmen dari Slovenia. Tema kali ini adalah 'Putih'. Memang putih salji yang seakan-akan memanggil kita ke sana. Kali pertama saya mengalami sendiri keadaan salji ini, apabila ke Korea Selatan pada tahun 2003, sebagai peserta Malaysia bagi Program Pertukaran Belia Asean-Korea. Antara programnya adalah pergi berski di Pyongyong Resort! Sampai sekarang masih ingat, seperti baru berakhir semalam! :0)

Bangunan Tertinggi di Dunia: Burj Dubai

Apakah bangunan yang tertinggi di Dunia?
Berapakah tingginya?
Apakah kegunaan bangunan ini?
Berapakah ketinggian bangunan ini, berbanding Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur?

Adakah kamu tahu jawapannya?

Inilah bangunan tertinggi di dunia: Burj Dubai


Bangunan Burj Dubai adalah bangunan pencakar langit yang tertinggi di Dunia.
Ketinggian bangunan ini adalah 828 m (2,717 kaki).
Pembinaannya dimulakan pada 21 September 2004, dan ia siap pada 1 Oktober 2009. Bangunan ini dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010
Bangunan ini berfungsi sebagai pejabat, kediaman, lot perniagaan dan hotel. Ia adalah salah satu tempat tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Mahu tahu perbezaan ketinggian Burj Dubai dan Menara Berkembar Petronas?


Saksikan sendiri... Menarik!

Ketahui Pelbagai Lokasi Terkemuka di Dunia

Salah satu impian saya adalah mengelilingi Dunia dan melawat setiap tempat menarik yang ada. Ini adalah satu pencetus hobi mengumpul poskad, iaitu mahu mengetahui pelbagai lokasi terkemuka di Dunia.

Setiap pengalaman melawat bandar, negeri orang, tidak kira sama ada lokasi di dalam negara atau di luar negara, pasti memberikan seribu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Setiap pengalaman itu sememangnya berharga dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Kita mula dengan berangan-angan ke tempat yang dikehendaki. Mana tahu, satu hari nanti kita tiba di sana, Insyallah!


Kepulauan Maldives: Cantik!!

Thursday, March 11, 2010

Menambah Nilai Kehidupan dengan Maklumat Berguna: Ilmu Sains dan Teknologi


Setiap hari, pasti kehidupan kita dikelilingi dengan pelbagai ilmu sains dan teknologi.
Percayalah, daripada kita bangun tidur di waktu pagi, pergi ke sekolah / kerja, balik sekolah/kerja, sehingga waktu berehat di waktu malam, semuanya dipengaruhi oleh Ilmu sains dan teknologi.

Siapa kata Sains dan Teknologi itu bosan?
Siapa kata Sains dan Teknologi itu tidak BEST?
Siapa kata Sains dan Teknologi itu tidak ada gunanya?

Usah lekatkan di minda penyataan berbaur negatif seperti itu.
Apa yang penting, kita perlu membuka minda dan sentiasa menambah nilai kehidupan kita dengan maklumat yang berguna.

Dalam blog ini, kita akan berkongsi pelbagai maklumat mengenai Sains dan Teknologi.

Sains dan Teknologi memang BEST!

Selamat BERJAYA!

Tuesday, March 9, 2010

Tip Membeli Buku di Pesta Buku

Para pencinta buku yang pasti mahu menyerbu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), ini tip khas buat anda! Buat diri saya juga! :0)

-FRMY-

--------

Tip Membeli Buku pada Pesta Buku

Tuan Roslee Saad ( FB : http://www.facebook.com/profile.php?id=1790244963 ), berkongsi tip-tip berguna yang dapat dipraktikkan oleh pencinta buku ketika berkunjung ke pesta buku.

Berikut ialah tip membeli buku pada pesta buku :

1. Bawa beg beroda yang kecil

2. Kutip semua katalog dahulu

3. Lihat katalog, tanda buku mana yang diminati

4. Jangan terus beli, ronda dulu

5. Jika tiada diskaun, jangan beli.

6. Jangan pergi hari Sabtu/Ahad

7. Jangan bawa anak. Tak larat layan penjual ensiklopedia

8. Berlakon bisu depan promoter belajar BI

9. Bawa air mineral sebotol. Dahaga nanti.

10. Sediakan kad kredit kalau tak cukup wang tunai

11. Jauhi promoter ensiklopedia.

12. Merayau sendirian. Jika bawa kawan minta dia jangan ikut waktu kita memburu buku.

13.Hadir sesi bedah buku jika berkesempatan

14. Buku laris biasanya menjadi killer product penerbit. Tanya jurujual buku apa yang laris dari syarikatnya.

15. Jika buku berbalut, buka balutannya dan periksa luar, dalam baru bayar.

16. Buku berbalut, bila buka balutan dan rasa tidak berminat.Letak/beri saja pada jurujual & cari buku lain

17. Simpan resit. Buat tuntutan cukai pendapatan

Sebarkan nota ini kepada rakan-rakan yang mencintai buku. Selamat membeli belah di PBAKL tidak lama lagi.

Kredit tip milik Tuan Roslee Saad : http://www.facebook.com/profile.php?id=1790244963

+++++++++++++

Kelab Tidur Dengan Buku : http://www.facebook.com/KelabTDB

+++++++++++++


Monday, March 8, 2010

Cara Menggunakan FaceBook bagi Tujuan Bisnes

Cara Menggunakan FaceBook bagi Tujuan Bisnes
Oleh: Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS

Orang mempercayai produk kita bagus apabila mereka percaya diri kita bagus. Justeru, laburkan usaha supaya diri kita dipersepsi sebagai orang yang bagus di mata sahabat FB kita, khususnya mereka yang tidak pernah mengenali kita di dunia luar.

Bagi mencipta kita orang yang dipandang bagus, caranya adalah dengan menampilkan petanda kebagusan personaliti kita.

Antara tanda kita orang yang bagus adalah:

(i) Kita menulis posting yang menaikkan nilai-sosial diri kita. Dalam kata lain, orang suka membaca apa yang kita tulis disebabkan ia berguna kepada mereka.

(ii) Kita tidak menulis posting yang mencipta konflik dengan mana-mana pihak.

(iii) Kita menulis komen positif pada posting sahabat FB.

(iv) Kita menaikkan kredibiliti kita dengan menulis fakta sahaja, bukan pendapat ataupun penilaian.

(v) Kita menulis dengan menggunakan bahasa yang elok, tersusun, dan sopan.

(vi) Apabila ada sahabat FB yang sakit ataupun ditimpa kesusahan, kita mendoakan mereka.

dan seterusnya.....

Selagi orang belum yakin kita seorang yang bagus, jangan iklankan produk kita dahulu. Tunggu... Hanya apabila orang sudah betul-betul suka pada kita (nilai sosial kita tinggi), barulah sekali-sekala kita iklankan produk ataupun perkhidmatan kita.

Prinsip ini banyak persamaannya dengan iklan di TV. Kita tidak marah kepada pengiklan yang mengganggu siaran, dan kita sabar menunggu iklan itu tamat, hanya apabila program itu sangat bagus!

-----

Facebook (FB) adalah antara rangkaian sosial yang terpopular di Malaysia. Banyak sebenarnya kegunaan FB ini, selain daripada bersosial, mencari rakan baru, dan bermain online games.

Terpulang kepada kita menggunakan apa yang ada, dengan sebaik mungkin. :0)

-FRMY-

Saturday, March 6, 2010

Book Thong Istimewa


Ini dia Book Thong Istimewa yang berfungsi sebagai penanda buku, penghias, dan ada yang mengikat sebagai bangle.

Book Thong ini adalah hasil seni asli daripada BookXcess yang diberikan kepada semua peserta aktiviti Baca@LRT pada 20 Februari 2010. Pada hari biasa, Book Thong diberikan percuma kepada pelanggan yang membeli buku bernilai 100 rm ke atas.

Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang. 26 - 28 Februari 2010

Pada 26-28 Februari 2010, kami ke Bukit Gambang Resort City di Kuantan, Pahang. Kami pergi berenam + Danial = 7 orang semuanya.

Malang tidak berbau, kereta yang biasa digunakan bagi perjalanan jauh seperti ini, rosak pula. Terpaksa dihantar ke workshop pada Jumaat pagi. Jalan penyelesaian? Sewa kereta! Ini kereta yang disewa. Nasib baik berbaloi. :0)


Kami bertolak pagi dan tiba di sana dalam jam 2 petang. Terus check in, dan berehat dulu di bilik. Pada sebelah petang, ayah, makcik, dan pakcik Danial, dengan Danial sekali terjun kolam renang.

Kolam renang ini best! Namun, sedikit berbahaya kerana tiada pagar yang menghalang kanak-kanak daripada terjun terus ke dalam kolam semulajadi di bawah!



Malam, kami ke Beserah, Kuantan (dalam 45 minit memandu) bagi menikmati makan malam seafood di tepi pantai Beserah! Nyaman angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Danial sudah tidak sabar. Lapar. Serbu!!!


Hari kedua: Menaiki tren ke Bukit Gambang Waterpark. Mahu berjalan kaki, agak jauh juga.
Selepas pulang dari Waterpark, semua pengsan sehingga petang!






Malam, dinner di resort sahaja. Selepas dinner, kami bersantai dan berseronok di pusat hiburan keluarga yang ada di resort.



Hari Ketiga: Selepas sarapan pagi, ayah, makcik, dan pakcik Danial, dengan Danial sekali terjun kolam renang, buat kali terakhir di BGRC. Umi Danial pulang ke bilik dan mula mengemas.




Jam 1 tengahari, kami check out. Singgah membeli keropok lekor dahulu, sebelum bertolak pulang.

Secret Story 21 Februari 2010

Alhamdullillah, sesi Secret Story Februari berjaya disertai pada 21 Februari 2010.

Pembongkar Rahsia: Tuan Imran Yusof
Buku yang dikongsi: Bagaikan Khatijah di Hati Rasulullah.


Nyata pelbagai ilmu baru yang diperolehi. Antaranya, bagaimana mencari pasangan ideal, dan menguruskan perhubungan keluarga, antara ipar duai dan mertua.

Aktiviti pada hari itu adalah... lakonan situasi yang diberikan!



Teruja melihat bakat yang terpendam!

Kumpulan 4 - kumpulan kami melakonkan situasi anak-anak yang tidak dapat pulang berhari raya di kampung. Jalan penyelesaiannya: Ibu bapa yang datang ke ibu kota, beraya bersama anak-anak di sini. 'Mummy' kami menerima anugerah pelakon terbaik! Hebat!



Gambar beramai-ramai buat kenangan! :0)


Jumpa di Sesi Secret Story Mac 2010 di PBAKL!

*PBAKL = Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur @ PWTC

Baca at LRT 20 Februari 2010

Alhamdullillah, akhirnya selesai aktiviti Baca@LRT pada hari Sabtu, 20 Februari 2010, dengan tema Sastera.


Kami (Danial dan Umi) bertolak dari rumah pada lebih kurang jam 8.45 pagi. Destinasi terus ke Amcorp Mall. Meletak kenderaan di tempat parkir basement. Kemudian, menaiki LRT Taman Jaya, terus ke KLCC.

Danial dengan buku Cars.



Seperti yang dijanjikan, kami geng Tidur Dengan Buku berkumpul di stesen LRT KLCC.


Namun, kami berdua tiba awal, jadi... sarapan dulu! :0)


Tepat jam 10 pagi, kami turun ke stesen bagi bertemu geng yang lain. Nyata, kebanyakan sudah ada di sana, termasuk geng Baca@Komuter dari Seremban.

Dari kiri: Azzah, Waida, Lin, dan Ifa.
Hadapan: Haris dan Luqman (kawan baru Danial!)

Apabil LRT yang ditunggu, akhirnya tiba, kami masuk dan menyertai rakan Baca@LRT yang lain.

Begitu meriahnya suasana membaca dalam LRT, sepanjang perjalanan ke stesen Taman Jaya.


Mereka duduk di hadapan saya di dalam LRT:


Ini editor saya di PTS PRO! :0)


Danial Jazmi dan buku Cars. Lokasi yang strategik! Di kepala LRT...


Buku pilihan hari ini: Rosli Dhobi, Rukun Berdarah.


Alhamdullillah, selamat tiba di stesen Taman Jaya.


Masa menyerbu kedai buku BookXcess di Amcorp Mall pula!




JOM MEMBACA! :0)