Sunday, October 23, 2011

Tip Penterjemahan 2: Tatabahasa

Tip Penterjemahan 2: Tatabahasa yang betul dalam bahasa inggeris, tidak tentu betul dalam bahasa melayu.

Penggunaan perkataan 'where' di tengah-tengah ayat adalah biasa dalam bahasa inggeris.

Contoh: There is also a direct coach to Yangshuo where you can explore the sights, shops and restaurants the city has to offer.
 
Namun dalam bahasa melayu, di mana hanya digunakan bagi persoalan.

Terjemahan yang salah: Terdapat juga koc langsung ke Yangshuo di mana anda boleh menerokai tempat-tempat menarik, kedai-kedai dan restoran yang ditawarkan oleh bandar.

Terjemahan yang lebih sesuai: Terdapat juga bas persiaran terus ke Yangshuo bagi sesiapa yang mahu melawat pelbagai tempat menarik, kedai dan restoran di bandar.

*Latihan tambahan: Terdapat beberapa lagi kesalahan penterjemahan di dalam ayat yang salah itu. Apakah ia?

Saturday, October 22, 2011

Tip Penterjemahan: Konteks Teks

Sebelum menterjemah sebarang teks yang diperolehi, tentukan konteks ayat, perenggan, teks itu terlebih dahulu. 
Konteks berbeza memerlukan laras bahasa berbeza. 
Menterjemah teks pendidikan menggunakan laras bahasa berbeza berbanding teks fiksyen. 
Teks fiksyen kanak-kanak menggunakan laras bahasa berbeza berbanding teks sains dan teknologi.
 
 

Buku Terjemahan Pertama

"Sebenarnya kita sering lupa tujuan kewujudan kita sebagai makhluk Tuhan di muka bumi ini. Manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Tuhan. Kita mempunyai kemampuan melaksanakan perkara luar biasa. Namun, kehebatan itu seakan-akan mitos semata-mata dan tidak wujud dalam kehidupan seharian. Kita sering melihat kehebatan itu pada diri orang lain, bukan pada diri sendiri. Adakah ini realiti kehidupan tertulis bagi kita atau kita berkuasa mencipta realiti kehidupan tersendiri?"

Petikan Buku Kubik Leadership, buku pertama yang saya terjemahkan untuk PTS pada tahun 2009.

*Sejak itu, saya sudah menterjemah 6 buku Professional dan Pendidikan dan menjadi Editor 5 Karya Terjemahan terbitan PTS.

Sunday, May 22, 2011

PTS di Read Malaysia 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Temui PTS di Pesta Buku Read Malaysia 2011 yang akan berlangsung seperti berikut;

Tarikh : 27 Mei  - 5 Jun 2011
Masa : 11.00 Pagi - 10.00 Malam
Tempat : Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), MINES Resort City
Booth PTS : M16 - M21

Tawaran Menarik PTS ialah

- Diskaun Bermula 15% sehingga 30%
- Buku Percuma untuk 100 pembeli pertama
- Voucher diskaun bernilai RM1, RM2, RM5
- Penanda Buku Percuma

*Eksperimen Sains Tim BEST bersama Umi Danial adalah pada hari Sabtu 28 Mei, jam 1 petang. Marilah beramai-ramai berseronok melakukan eksperimen sains yang ringkas, mudah dan menyeronokkan!
Jumpa di sana! :D

Thursday, April 14, 2011

Lokasi Booth PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Lokasi booth PTS kali ini lebih dekat dan mudah bagi dikunjungi iaitu di Dewan Tun Hussein Onn, (berhadapan pentas utama). Klik di sini bagi melihat dengan jelas lokasi booth PTS!

Berita Terhangat! PBAKL 11

Assalamualaikum,

Blog ini bersawang beberapa bulan! Oh tidak! Disusun sepuluh jari. Masa yang berjalan dengan laju, perlu dikejar selaju-lajunya!

Hari ini, Jumaat 15 April 2011.
7 hari lagi - 22 April 2011 - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur - PBAKL 2011. 
http://pts.com.my/index.php/pbakl/

Berikut adalah aktiviti yang akan berlangsung di Booth PTS. Marilah kita beramai-ramai ke sana!

Aktiviti

22 April 2011 (Jumaat)

  • 2 - 3PM
    Booth PTS
    Bicara Buku: Indahnya Didikan Awal Cara Islam
    Bersama Puan Mazidah & Dr. Noor Hisham di booth PTS.
  • 3 - 4PM
    Booth PTS
    Bicara Buku: Travelog Haji, Travelog Dakwah
    Bersama Prof. Muhd Kamil
  • 4PM - 6PM
    Booth PTS
    Demo Masakan: Chef Hanieliza
    Demo masakan bersama Chef Hanieliza

23 April 2011 (Sabtu)

  • 11AM - 12PM
    Booth PTS
    Promo: Bersama Penulis-penulis Novel Islami
    Beramah mesra bersama penulis-penulis novel Islami: Tuan Abdul Latip Talib, Tuan Zahiruddin Zabidi, Tuan Imran Yusuf dan Tuan Salleh De Ran
  • 12 - 1PM
    Booth PTS
    Bicara Buku: Travelog Hidayah & Travelog Syahadah
    Bersama Tn Rashidi Abdullah
  • 2 - 3PM
    Booth PTS
    Bicara Buku: Seni Bahasa Badan
    Bersama Tn. Syahrul Nizam Junaini
  • 3 - 4PM
    Booth PTS
    Bicara Buku: Pengaruh Gaya Trump
    Bersama Tn Syahrul Nizam Junaini & Tn Nazri Kadir
  • 4 - 6PM
    Booth PTS
    Demo Melukis & Book Signing
    Bersama Artis Komik-M
  • 5 - 6PM
    Booth PTS
    Promo Buku: Biarawati Qaseh Puteri dan Mengejar Bayangan Qaseh Puteri
    Bersama Tuan Moh Dat Hj. Molok

24 April 2011 (Ahad)

  • 11AM - 12PM
    Booth PTS
    Aktiviti Young Aisyah bersama Reja dan Saridah
  • 11AM - 12PM
    Bilik Seminar Johor
    Seminar Penulisan Surah Yusuf & Pelancaran Buku Menulis Novel Bestseller Melalui Teori Surah Yusuf
    Bersama Puan Ainon (Pengerusi PTS), Tuan Abdul Latip (Pak Latip) & Tuan Bahruddin Bekri (Penulis PTS)
  • 12 - 1PM
    Booth PTS
    Persembahan Nasyid: Kumpulan Raudhah & Leya
  • 2 - 3PM
    Booth PTS
    Pra-Pelancaran Tafsir Al- Quran Al Hakim/ Tafsir Ayat Ahkam
    Pra-Pelancaran oleh Prof. Dato' Dr. Zulkifli Mohd Yusoff
  • 2PM - 3PM
    Bilik Seminar Johor
    Bual Bicara bersama A. Fuadi
    Bersama A. Fuadi
  • 3 - 4PM
    Booth PTS
    Bual Bicara Transformasi Fikah Semasa dan 5 Tokoh Penggugat Zaman
    Bersama Dato' Mahmood Zuhdi
  • 4 - 5PM
    Booth PTS
    Bicara Buku: Motivasi Setengah Berisi, Setengah Kosong
    Bersama Tuan Parlindungan

25 April 2011 (Isnin)

  • 12 - 1PM
    Booth PTS
    Bicara Buku & Kuiz: Motivasi Super
    Bersama Tuan Fadzli Yusof
  • 3 - 5PM
    Booth PTS
    Demo Masakan bersama Chef Arm

26 April 2011 (Selasa)

  • 11AM - 12PM
    Booth PTS
    Aktiviti bersama Kanak-kanak
    Pelbagai aktiviti menarik anjuran PTS Professional
  • 12 - 1PM
    Booth PTS
    Cara Mudah Membuat Peta Minda, Melatih Bijak Berfikir & Merangsang Anak Menjadi Genius
    Bersama PTS Professional
  • 3 - 5PM
    Booth PTS
    Demo Masakan bersama Mama Fiza

27 April 2011 (Rabu)

  • 11AM - 1PM
    Booth PTS
    Promosi Buku & Sesi Tandatangan
  • 2 - 3PM
    Booth PTS
    Bicara Buku: Motivasi Alihan Pelajar & MAP Gaya Smart Study
    Bersama Dr. Tengku Asmadi
  • 3 - 4PM
    Booth PTS
    Bicara Buku: Motivasi Siri Smart Study & MAP Gaya Smart Study
    Bersama Tuan Osman Affan
  • 4 - 5PM
    Booth PTS
    Permainan: 21 Rahsia Fasih Berbahasa Inggeris
    Bersama Coach Sha & Coach Ridz

28 April 2011 (Khamis)

  • 11AM - 12PM
    Booth PTS
    Bicara Buku: Yakjuj Makjuj & Armageddon 2012
    Bersama Pak Wisnu
  • 12PM - 1PM
    Booth PTS
    Bicara Buku & Permainan: Saya Remaja Inovatif
    Bersama Tuan Naim Jaafar & Tuan Helmi
  • 2PM - 3PM
    Booth PTS
    Bicara Buku & Sesi Tandatangan: Bomoh ke Tali Gantung
    Bersama Dr Mahyuddin
  • 3PM - 4PM
    Booth PTS
    Bicara Buku & Sesi Tandatangan: Tuan Zamri Mohd & Tuan Imran Yusof

29 April 2011 (Jumaat)

  • 11AM - 12PM
    Pentas Utama
    Bual Bicara Bersama Pak Wisnu
    Bersama Pak Wisnu; penulis buku PTS laku keras seperti Armageddon 2012, Yakjuj Makjuj & Alexander adalah Zulkarnain.
  • 11AM - 1PM
    Booth PTS
    Demo Masakan bersama Chef Hussein
  • 2PM - 4PM
    Booth PTS
    Bicara Buku & Sesi Tandatangan: Perangi Sihir
    Bersama Dato Ansaruddin
  • 5 - 6PM
    Booth PTS
    Eksperimen Sains Tim Best
    Bersama Cik Puan Umi Danial
  • 5 - 6PM
    Booth PTS
    Bicara Buku & Sesi Tandatangan: 10 Tokoh Idola Muslimah
    Bersama Ustazah Sakinah
  • 6PM - 7PM
    Pentas Utama
    Bual Bicara bersama Dr. Danial Zainal Abidin
    Bersama Dr Danial; penulis buku PTS terlaris seperti Quran Saintifik, Tip-tip Cemerlang daripada Quran dan Minda Muslim Super

30 April 2011 (Sabtu)

  • 11AM - 12PM
    Booth PTS
    Permainan: Young Readers & Kids
    Bersama karyawan PTS One
  • 12PM - 1PM
    Booth PTS
    Pelancaran Buku: Penggunaan Kamera DSLR
  • 2PM - 3PM
    Bilik Seminar Johor
    Perasmian Buku 50 Tip Motivasi Haji & Travelog Impian Abadi
    Bersama Prof Kamil Ibrahim yang akan melancarkan buku terbaru beliau: 50 Tip Motivasi Haji & Travelog Impian Abadi
  • 2PM - 3PM
    Pentas Utama
    Pelancaran Novel Andrea Hirata (dibatalkan)
    Pihak PTS ingin memohon maaf kerana acara ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
  • 4PM - 6PM
    Booth PTS
    Bicara Buku & Sesi Tandatangan: Buku Soal Jawab Dr. Daniel

1 Mei 2011 (Ahad)

  • 11AM - 12PM
    Booth PTS
    Bicara Buku & Sesi Tandatangan: Dato’ A Samad Said
  • 2PM - 3PM
    Booth PTS
    Sesi Permainan & Tandatangan: Rose Harissa & Lily Haslina
  • 3PM - 4PM
    Booth PTS
    Sesi Permainan bersama Penulis PTS One
    Bersama Bahruddin Bekri, Ikmal Shah, Ainin Naufal dan Kusyi Hirdan
  • 5PM - 6PM
    Booth PTS
    Demonstrasi Mekap & Fesyen: Majalah Untuk Si Gadis
    Bersama karyawan PTS One
  • 5PM - 6PM
    Booth PTS
    Permainan & Kuiz: Siri Motivasi Remaja Baru
    Bersama Rose Harissa dan Lily Haslina

Sunday, February 20, 2011

Aktiviti: Mega Seminar Jana Wang dengan Menulis, Sabtu 19 Februari 2011

Baca sahaja tajuknya pasti muncul eskpresi... Fuhyyoooooooooooo!
Tajuk yang dashyat!

http://www.janawangdenganmenulis.com/

Empat individu berkongsi pada hari itu.

1. Tuan Fauzul Naim Ishak, Pengurus besar PTS Publications Sdn Bhd. Berkongsikan mengenai konsep re-code. Kaedah menjadi penulis super. Perlu re-code segala-galanya, hati, minda dan tindakan kita. 

2. Tuan Zamri Mohamad, Penulis Prolifik di Malaysia. Berkongsikan mengenai pelbagai tip bagaimana mahu menjana idea bagi menghasilkan karya yang menarik dan laku keras. Insyallah. 

3. Tuan Syaizul Amal, Pengurus Ain Maisarah, yang berkongsikan strategi penjenamaan Ain Maisarah. 

4. Puan Ain Maisarah, Novelis No 1 di Malaysia. Sudah tentu star of the day. Berkongsikan pengalaman dan perkara yang dilakukan bagi menghasilkan karya yang meletopsss di pasaran. Insyallah.

Teruskan menulis! Itu kata kunci utama. Menulis! Menulis! Dan terus menulis!

Selamat Tahun Baru 2011

Cepatnya masa berlalu! Bulan Februari 2011 juga sudah hampir ke penghujungnya. Entri terakhir adalah pada bulan September tahun lepas. Oh! Lamanya tidak menulis di sini. Banyak perkara yang berlaku dalam dunia penulisan dan penterjemahan ini.

Apa ya? Ingat2 lupa pula.

Peristiwa yang pasting diingati adalah lawatan (bunyi seperti lawatan sekolah pula. :D) ... Melancong ke Pulau Mabul di Sabah, dan juga Winter Sonata di Jepun! Woohooo! Memang seronok. Terlalu seronok sehingga terlupa mengenai duniaku ini.

Marilah menulis!