Monday, April 19, 2010

Tema Baca@LRT 25 April 2010 = BERI


Mesej daripada salah seorang penggerak aktiviti ini yang dihantar ke dalam inbox FB.
------------------------------------------------------------

Aktiviti gila-gila Baca@LRT tanpa perhimpunan akan mengambil tempat 25 April ini.

Ini adalah foto untuk sebaran blog dan FB Tuan dan Cik Puan.

Klik di sini http://bit.ly/daxb1m

Pada tarikh 25 April 2010, jam 11.30 pagi, selepas membaca dari dalam LRT pelbagai arah ke KLCC, kita seorang demi seorang akan masuk ke Kinokuniya dan memasukkan hanya senaskah buku ke dalam kotak buku UNICEF ini.

Hanya senaskah sahaja. Jika kotak penuh susun di tepi kotak dalam keadaan teratur.

Klik di sini http://bit.ly/daxb1m


Kemudian keluar dalam keadaan tenang dan natural bertemu rakan lain bertukar buku yang dibawa untuk mereka.

Mesej penting, bagi menjaga situasi premis dan KLCC, tidak ada perhimpunan dan ucapan penutup kerana kita adalah natural.

Tindakan yang ringkas tetapi bermakna.

--------------------------------------------------
Kita jumpa 25hb April ini! :D

Kongsian | PTS Menambahkan Judul Sastera Sains untuk Kanak-Kanak dan Remaja

Mempelajari sains di sekolah, mahupun buku-buku teks sains yang terbaik, kedua-dua faktor itu tidak berupaya mencetuskan minat mendalam pada jiwa kanak-kanak dan remaja bagi meminati ilmu sains dan bagi mencetuskan cita-cita mahu menjadi saintis.

Banyak sekali kisah yang pernah kita baca dalam biografi saintis saintis terkenal mereka melaporkan bahawa minat mereka dalam bidang sains tercetus semenjak masih kanak-kanak apabila mereka membaca buku cerita sains.

Demikianlah peri pentingnya peranan yang dapat dimainkan oleh buku-buku sains yang dipersembahkan dalam format cerita dalam proses melahirkan saintis pada masa hadapan.

PTS sudah, dan terus, menerbitkan lebih banyak judul buku-buku cerita yang berdasarkan sains untuk bacaan kanak-kanak dan remaja supaya mereka berminat menjadi saintis.

Sumber:http://universitipts.com/index.php/site/comments/pts_menambahkan_judul_satera_sains_untuk_kanak-kanak_dan_remaja/


Tim BEST: Eksperimen Pertama


Dunia Sains Aiman: Demam F1

Wednesday, April 14, 2010

Kuiz Tim BEST


Terima kasih kepada semua yang menyokong Tim BEST!

Anda semua memang BEST!

Kuiz Tim BEST boleh didapati di muka surat terakhir novel Eksperimen Pertama.

Hantarkan jawapan anda ke umidanial@gmail.com

Jawapan yang tepat dan terbaik akan menerima buku Tim BEST 2 , diserikan dengan tandatangan pengarangnya, dan satu buku misteri!

Ayuh, jangan lepaskan peluang ini.
Sains itu BEST!
Tim BEST!

Tuesday, April 13, 2010

Bengkel Penulisan Novel Sejarah




Berminat menjadi penulis novel sejarah?

Bengkel Penulisan Novel Sejarah
Bersama Penulis Novel Sejarah No 1 di Malaysia: Tuan Abdul Latip Talib
Tarikh: 23 Mei 2010
Lokasi: Taman Melawati, Hulu Kelang
Masa: 10 pagi - 1 petang

Bagi maklumat lanjut dan pendaftaran, sila email Tuan Bahar di bahar@pts.com.my
Tempat terhad!

Baca@ LRT 25 April 2010


Aktiviti Baca@LRT seterusnya adalah pada hari Ahad 25 April 2010.
Tema pada kali ini adalah Beri. Apabila tiba di destinasi, semua yang mengambil bahagian akan berkumpul dan bertukar-tukar bahan bacaan, beri kepada yang lain.

Toko buku yang menjadi destinasi kali ini adalah Kinokuniya di KLCC.

Menurut Tuan Zamri Mohammad, salah seorang penggerak aktiviti ini:

"Di Kinokuniya KLCC, mereka bekerjasama dengan UNICEF dengan menyediakan kotak 'Beri' buku kepada mereka yang memerlukan. Buku yang terpakai dan masih elok dibaca, diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan tetapi minat dan mahu membaca. Bagaimana pada 25 April 2010 ini, kita sokong usaha Kinokuniya dengan memasukkan satu buku seorang ke dalam kotak itu? Selain bertukar dengan kawan di Baca@LRT. Saya akan bawa dua buku. Satu untuk kotak di Kinokuniya, satu untuk rakan."

------------------

Setuju dan suka cadangan ini!
Jumpa di sana! :0)

Bengkel Asas Penulisan Novel

Bengkel Asas Penulisan Novel
Sabtu 10 April 2010
Lokasi: Hulu Kelang Selangor
Masa: 9pagi - 1.30 petang

Pembongkar Rahsia:
Tuan Muhammad Firdaus bin Ariff,
Penulis Novel Sai Fai, Sayap Adinila & Armada Azur





















Pelbagai informasi baru dan teknik menulis dapat dipelajari.

Antaranya:
1. Kenapa mahu menulis novel?
2. Novel Vs Cerpen
3. Kenali diri sendiri dan genre novel yang sesuai
4. Teknik KJ Metod
5. Teknik Metod Menjana Idea
6. Teknik dan Teori Surah Yusuf
7. Alat bantuan dalam proses penulisan
- Kamus
- Semakan tatabahasa
- Peta Minda
- Garisan Masa
- Menguruskan keratan akhbar, majalah, dan bahan bacaan digital yang lain
8. Apa pelan tindakan?
9. Penulisan sipnosis ringkas
10. Penulisan sipnosis terperinci
11. Pengurusan Risiko

Wednesday, April 7, 2010

Tim BEST: Eksperimen Pertama


Tim BEST: Eksperimen Pertama sudah keluar!

Harga: RM14.50 / RM 16.50
ISBN-13: 978-967-369-004-6
Tarikh Terbit: 1 April 2010
Jumlah Muka Surat: 208

http://pts.com/index.php/buku/tim-best-eksperimen-pertama/

Tim BEST mengisahkan sekumpulan remaja di alam persekolahan. Sekolah dibuka semula selepas cuti persekolangan penggal akhir yang panjang. Semua gembira bertemu rakan semula. Tahun baru ini penuh dengan pelbagai cabaran dan kejutan. Cikgu sains baru. Rakan pindah sekolah. Pelajar baru yang pelik. Pertandingan S&T.

Siapa cikgu sains baru?
Apa kejutan yang berlaku?
Kenapa pelajar baru itu sombong sangat?
Best sebenarnya buat eksperimen sains. Baru tahu!
Apa itu Tim BEST?
Apakah eksperimen pertama Tim BEST?

Tim BEST, kini di pasaran.

--------------------------

Terima kasih atas sokongan!

Selamat Membaca!
Semua pendapat yang membina amat dialu-alukan.

Thursday, April 1, 2010

Kisah PBAKL 2010 - Bahagian 2

Selasa 23 Mac 2010, hari kedua di PBAKL.

Kali ini saya berdua ke sana, dengan Danial si kecil bijaksana. Jenuh mengejarnya ke sana dan ke mari! Tujuan asal adalah mahu melibatkan diri dalam aktiviti Riang ria PTS Pro di booth PTS di seberang sungai.
Hasilnya, penat mengejar Danial, dan tidak dapat bergambar bersama dengan Tim PTS Pro. Semangat saya sahaja ada di dalam gambar, fizikalnya entah di mana, mengejar Danial yang cukup aktif bergerak! Sehinggakan Puan Ainon, Pengerusi PTS, turut meluangkan kerisauan melihat keberanian Danial! :0)

Walaupun sibuk mengejar si kecil bijaksana, sempat lagi menyambar beberapa bahan bacaan, buku dan majalah


Baru tiba di PBAKL. Beg roda setia menemani.


Puas disuruh senyum, pose begini pun jadilah


Mana satu pilihan hati?


Khusyuk mendengar bacaan jawi!


Koleksi peribadi Danial, si kecil bijaksana


Khas buat orang tersayang. Siap dengan tandatangan penulisnya! :0)


Rujukan berguna bagi senario media massa di Malaysia


Danial dan buku-bukunya!


Majalah ini sudah tidak lagi diterbitkan. Tahun akhir terbit adalah 2004


Dua buku diterima sebagai hadiah. Satu buku dibeli kerana curiosity. Dua buku akan dihadiahkan kepada pengantin baru. Satu buku bagi mencuba perkara baru. Satu buku sebagai rujukan penulisan. Satu buku sebagai rujukan penterjemahan. Satu buku adalah hiburan semata-mata, tetapi tetap berguna! Mana yang mana? :0)


Sambaran hari kedua!


Ini cenderamata dan kenangan yang tetap di hati! Tambah koleksi. :0)


Penuh! Nasib baik muat dalam satu gambar! hehehe

Danial dan Umi, bersama Tuan Muhammad Alexander dan Puan Ainon

Kisah PBAKL 2010 - Bahagian 1

Hari ini 2 April 2010. Namun diri masih merindui PBAKL 2010 yang baru berakhir 28 Mac yang lalu.

Saya berpeluang ke PBAKL sebanyak tiga kali. Pada hari pertama, Jumaat 19 Mac, Hari ke 5, dan ke 6, Selasa dan Rabu, 23 dan 24 Mac 2010.

Jika diikutkan hari mahu sahaja ke sana pada setiap hari! Tetapi apakan daya, masih ada banyak urusan lain yang perlu dilakukan, termasuk pengajaran di kolej.

Apa hasil sambaran dalam masa 3 hari itu?

Ini hasil sambaran pada hari pertama. Al-maklum hari pertama, jadi masih bersantai-santai, menikmati suasana PBAKL yang cukup mesra dan meriah.

Beg PTS yang cukup menarik!


Siri Usahawan Cilik, hadiah bagi projek perpustakaan


Komik yang penuh informasi!


Kisah sejarah yang menghiburkan


Koleksi peribadi

Beg Plastik PBAKL 2010 sebagai kenang kenangan!


Beg kertas PTS yang merah menyala


Sempat juga bergambar bersama penulis prolifik novel remaja di Malaysia iaitu Ain Maisarah. Karya terbaru beliau dalah siri 'Aku Mahu' adalah novel 'Aku mahu Superbibik', tulisan bersama penulis Izanor Sharif. Ada juga gambar dengannya! :0)


Penulis siri Tim BEST bersama Penulis novel 'Aku Mahu Superbibik'

Penulis 'Aku Mahu Superbibik' Izanor Shariff dan Ain Maisarah, Penulis novel 'Kesatria Ajaib', Azzah Abdul Rahman, dan Penulis siri Tim BEST! :0)


Oh ya, pada hari pertama, hanya dapat meluangkan masa beberapa jam di PDDP - Pusat Dagangan Dunia Putra, kerana malam perlu bergegas ke Istana Budaya, menonton teater Bangsawan Sri Mersing.