Sunday, February 5, 2012
Tip Melancong: Apa bukti anda pelancong?
Tip pelancongan: Mahu mengisi borang GST selepas membeli belah sakan di negara orang?
Perlu ada bukti kita ini pelancong. Bawa passport ke mana sahaja! Tidak ada passport, tidak boleh isi borang. Tidak boleh tuntut GSY.
Ada bawa passport bersama? Bagus! Sekarang cari kaunter GST di pusat beli belah itu. Mereka akan membantu urusan mengisi borang dan sebagainya.
*Hanya pelancong yang melancong menaiki kapal terbang sahaja layak menuntut GST.
(Gambar ihsan Google)
Tip Melancong: Mahu membeli belah sakan di negara orang?
Tip Melancong: Mahu membeli belah sakan di negara orang?
Kebanyakan negara mempunyai caj GST (Goods & Service Tax) dan GST ini dapat dituntut semula oleh para pelancong. Nilai GST yang dapat dituntut ada tertera di dalam resit pembelian.
PENTING! Pastikan anda mengisi borang tuntutan GST khas dari setiap kedai dengan chop khas mereka. Tidak perlu buat begini sekiranya anda bermurah hati mahu membayar cukai seperti rakyat negara itu.
*Ya! Sepuluh borang berbeza sekiranya anda membeli belah sakan di sepuluh kedai!
(Gambar ihsan google)
Tip Melancong: Pegang Passport Sendiri!
Tip pelancongan: Sekiranya melancong bersama kumpulan pelancong, ketua kumpulan akan mengumpul semua passport selepas selamat masuk ke dalam bas, atau dalam perjalanan ke destinasi pertama. Pastikan passport itu diambil kembali selepas urusan check-in di penginapan. Pegang passport sendiri sepanjang perjalanan percutian.
(Gambar ihsan google)
Subscribe to:
Posts (Atom)