Hari ini sudah 17 Ramadan. Cepat
betul masa berlalu! Pasti ramai yang sudah mula mengira bajet yang mahu dijadikan
duit raya. Sejak karya pertama saya diterbitkan pada tahun 2010, bajet
duit raya sudah menjadi bajet buku raya!
“Wahh! Bestnya Tim. Tapi perlu bajet
besar kalau nak sediakan buku raya untuk semua anak buah. Ramai sangat.
Kopak!”
Senyum sahaja sekiranya mendengar
cakap-cakap begini.
Mahu tahu cara sediakan buku
raya tanpa menyebabkan poket kita kopak?
Bahkan, apabila kena caranya, kita
boleh sediakan buku raya untuk semua sanak saudara kita!
Sebelum itu, kenapa kita pilih untuk memberikan hadiah buku raya?
-------------------------------------
SENANG NAMPAK BUKU
SENANG NAMPAK BUKU
------------------------------------
Apabila kita berikan duit raya, kita
tidak tahu ke mana perginya duit raya itu. Adakah ia digunakan untuk tujuan
yang baik? Walaupun kita sering disarankan untuk bersangka baik, sebagai
manusia biasa, kadang-kadang terfikir juga, “budak-budak ni guna duit beli
jajan atau mercun kah? Bazirr, bazir.”
Perlu tambah sedikit ayat itu, “…seperti
yang kita buat dulu?” Hahaha.
Hadiah buku berbentuk fizikal. Jadi
kita akan terus nampak buku itu dibaca oleh penerimanya. Sedap mata melihat
anak buah duduk ramai-ramai sambil membaca buku dan bukannya menyerbu penjual
jajan yang sekali-sekala melintas di hadapan rumah.
-----------------------------------
SEMAI TABIAT MEMBACA
SEMAI TABIAT MEMBACA
-----------------------------------
Apabila buku dijadikan hadiah hari
raya, secara tidak langsung, kita membantu menyemai tabiat membaca dalam
kalangan anak-anak muda. Bahkan, si cilik yang comel
juga akan sibuk mahu menerima buku raya apabila dilihat abang dan kakak
mendapat hadiah buku. Pada masa yang sama, para penerima dapat
menpertingkatkan penguasaan bahasa mereka dengan membaca karya yang baik.
-----------------------------------
SAHAM BERTERUSAN
SAHAM BERTERUSAN
-----------------------------------
Pilihlah buku yang sesuai untuk dijadikan hadiah buku raya. Pilih buku bermesej positif dan mengandungi
pelbagai ilmu pengetahuan. Secara tidak langsung, ini adalah saham kita.
Selagi buku itu dibaca oleh seseorang dan semua ilmu dalam buku itu
dipraktikkan, Insya-Allah ia adalah saham pahala yang berterusan untuk
kita.
-------------------------- -------------------------------------------------------------------------------------
**Berbalik kepada kisah pemberian
buku raya.
Pada tahun pertama, semua buku raya khas
untuk saudara mara cilik sahaja. Mereka yang masih bersekolah. Sekolah rendah
dan menengah. Jadi bahan yang menjadi pilihan sebagai buku raya adalah
komik dan novel berunsurkan pendidikan.
Pada ketika itu, komen yang biasa
diterima, “Buku ini dijualkah?”
Tetiba dapat label penjual buku pula.
“Eh tidak! Ini semua hadiah. Hadiah
buku raya.”
Paling seronok melihat wajah ceria si cilik apabila menerima buku itu.
Paling seronok melihat wajah ceria si cilik apabila menerima buku itu.
Dalam hiruk pikuk kesibukan hari raya
dan kemeriahan anak-anak menerima buku raya, tiba-tiba terdengar suara, “Hadiah
buku untuk pakcik, makcik, takda kah?”
Ah sudah! Mana ada. Makcik, pakcik
nak buku raya jugakah?
“Maaf makcik, pakcik. Ini semua buku
kanak-kanak sahaja.”
Sejak hari itu, berazam mahu sediakan
hadiah buku raya untuk saudara mara tanpa mengira usia. Kini, sudah tahun ke-7
saya menyediakan hadiah buku raya. Pada setiap tahun juga, bilangan kotak
berisi buku raya semakin bertambah.
Bagaimanakah caranya?
-----------------------
RANCANG AWAL
RANCANG AWAL
------------------------
Setiap tahun, kita sudah tahu tarikh
Hari Raya Aidilfitri. Jadi kita ada kira-kira 11 bulan untuk menyediakan hadiah
buku raya.
11 bulan? Wow! Lamanya masa untuk
menyediakan buku raya!
Ya, persediaan perlu dilakukan awal.
Sama seperti kita merancang percutian, perlu buat perancangan awal. Elakkan
tindakan saat akhir, bulan depan raya, bulan ini baru nak rancang pembelian
buku raya. Bukan tidak boleh. Boleh. Tapi itulah jadi kopak terus!
-----------------------
BELI SIKIT-SIKIT
-----------------------
Sediakan sedikit bajet untuk pembelian buku untuk setiap bulan sepanjang 11
bulan itu. Sekiranya ada bajet lebih pada bulan tertentu, boleh sahaja beli
lebih banyak buku.
Saya pernah ada buku yang disimpan
lebih setahun, hanya untuk tujuan pemberian hadiah buku raya pada tahun seterusnya. Siap dibawa ke tahun berikutnya kerana ada lebihan. Buku tidak akan basi. Simpan dengan elok, pasti tahan lama.
Beli buku sedikit-sedikit mengikut
bajet kita. Dalam tempoh 11 bulan itu, buku yang dibeli akan membukit! Percayalah.
------------------------------
BAJET HAMPIR SAMA
BAJET HAMPIR SAMA
---------------------------- ---
Berapa bajet yang biasa disediakan
untuk duit raya? Paling sedikit RM 1 dan paling tinggi RM 10 setiap seorang.
Mungkin ada antara kalian yang menyediakan bajet lebih banyak daripada itu,
khusus untuk anak-anak buah kesayangan. Sekarang, kita tukar nilai duit raya menjadi
buku raya. Bahkan, pemberian buku raya lebih menyeronokkan dan tersemat di
minda penerima kerana berbeza dan istimewa.
Persoalannya, bolehkah kita beli buku yang hebat dengan harga RM1-RM 10?
Boleh sangat.
------------------------------
BANYAK PESTA BUKU
BANYAK PESTA BUKU
-------------------------------
Sepanjang tahun, pelbagai pesta buku
dianjurkan khusus buat para pencinta buku. Lagi seronok, kita boleh dapat
membeli buku pada harga yang lebih murah. Pada ketika inilah, kita boleh beli
buku dengan kuantiti yang banyak, khusus untuk tujuan dijadikan hadiah buku
raya. Saya pernah dapat membeli buku kanak-kanak dengan harga RM1 sahaja setiap
satu! Sekiranya kita sediakan bajet RM 50, sudah dapat 50 buah buku! Banyakkan?
Dalam tempoh 11 bulan itu, pasti ada banyak pesta buku. Pergi dan mula membeli hadiah buku raya dengan harga lebih murah.
Dalam tempoh 11 bulan itu, pasti ada banyak pesta buku. Pergi dan mula membeli hadiah buku raya dengan harga lebih murah.
------------------------
BUKU LELONG
BUKU LELONG
------------------------
Pada setiap tahun, penerbit buku
terutama syarikat penerbit besar akan mengadakan jualan lelong buku bagi
menghabiskan saki baki stok buku terbitan lama dalam stor mereka. Ini peluang keemasan kita! Ada buku-buku yang dilelong begitu murah sehingga RM 1
sebuah.
Ya! Saya pun pernah memborong berkotak-kotak buku novel yang berharga RM1 setiap satu. Semuanya untuk dijadikan hadiah. Sekiranya ada bajet RM 100, sudah dapat 100 novel! Bayangkan 100 saudara mara kita dengan wajah super ceria apabila menerima hadiah buku raya itu. PRICELESS!
Ya! Saya pun pernah memborong berkotak-kotak buku novel yang berharga RM1 setiap satu. Semuanya untuk dijadikan hadiah. Sekiranya ada bajet RM 100, sudah dapat 100 novel! Bayangkan 100 saudara mara kita dengan wajah super ceria apabila menerima hadiah buku raya itu. PRICELESS!
Cuma satu sahajalah. Pesta buku
lelong ini tidak akan dilakukan dalam bulan Ramadan, iaitu masa kita sibuk
menyediakan duit raya. Jadi memang tidak akan dapatlah harga RM1 setiap satu.
Biasanya pesta buku lelong ini dilakukan 1-3 kali dalam setahun. Kita perlu
sentiasa berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenainya. Antaranya, ikuti dan like FB syarikat penerbit besar di
Malaysia.
----------------------------
BERKAWAN-KAWAN
BERKAWAN-KAWAN
----------------------------
“Tapi Tim, saya nak beli buku terbitan baru untuk dijadikan hadiah. Terutama kepada pakcik, makcik kesayangan. Mana ada diskaun untuk buku baru.”
“Tapi Tim, saya nak beli buku terbitan baru untuk dijadikan hadiah. Terutama kepada pakcik, makcik kesayangan. Mana ada diskaun untuk buku baru.”
Haaaaa… Niat dah bagus tu. Namun,
bajet tidak mengizinkan. Sekiranya harga buku baru RM 30 dan
bilangan pakcik makcik kegemaran adalah 5 orang, jumlah kecederaan adalah
RM150. Banyak tu! Kalau buku harga RM 5, sudah dapat 30 buah.
Kalau dapat diskaun pun, paling
banyak 10-15% sahaja. Nasib baik, dapatlah 20%.
Jadi apakah yang boleh kita lakukan?
Berkawan-kawanlah dengan penulis
syarikat penerbitan!
Eh? Kenapa?
Kebiasaannya, mereka mendapat diskaun
yang lebih sedikit berbanding diskaun biasa yang ditawarkan kepada umum.
Sekiranya diminta dengan baik, pasti mereka bersedia membantu membelikan buku yang
dikehendaki menggunakan diskaun penulis.
Khas untuk hadiah hari raya sahaja
ya. Sekiranya mahu dijual semula dengan harga penuh atau minta buku percuma daripada penulis,
lupakan sahaja niat mahu berkawan okehh!
-------------------------- -------------------------------------------------------------------------------------
Selepas ini, bukan sahaja kita dapat
menyediakan hadiah buku raya, bahkan kita akan dapat menyediakan hadiah buku
untuk pelbagai acara. Hadiah hari jadi, hadiah majlis akikah dan juga hadiah
untuk semua tetamu di kenduri kahwin! Betul! Percayalah.
Setiap tahun, saudara mara akan tunggu kehadiran kita. Hanya untuk dapatkan hadiah buku raya! Woahhhh!
Setiap tahun, saudara mara akan tunggu kehadiran kita. Hanya untuk dapatkan hadiah buku raya! Woahhhh!
Antara buku yang menjadi hadiah buku raya tahun ini |
Panjang pula tulisan kali ini. Sebenarnya banyak deadline kerja penterjemahan dan penulisan ni.
Lain pula yang ditulis. Haha!
--
Pantang Tengok Notis Jualan Buku Murah
Fatimah Rodhiah Mohd Yusof @ Tim
12 Jun 2017
12 Jun 2017