Saturday, October 22, 2011

Buku Terjemahan Pertama

"Sebenarnya kita sering lupa tujuan kewujudan kita sebagai makhluk Tuhan di muka bumi ini. Manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Tuhan. Kita mempunyai kemampuan melaksanakan perkara luar biasa. Namun, kehebatan itu seakan-akan mitos semata-mata dan tidak wujud dalam kehidupan seharian. Kita sering melihat kehebatan itu pada diri orang lain, bukan pada diri sendiri. Adakah ini realiti kehidupan tertulis bagi kita atau kita berkuasa mencipta realiti kehidupan tersendiri?"

Petikan Buku Kubik Leadership, buku pertama yang saya terjemahkan untuk PTS pada tahun 2009.

*Sejak itu, saya sudah menterjemah 6 buku Professional dan Pendidikan dan menjadi Editor 5 Karya Terjemahan terbitan PTS.

1 comment:

Anonymous said...

1. amalan minum air kosong lebih baik daripada air bergas atau berperisa kerana air kosong berperanan memastikan semua sel dalam badan kita dapat berfungsi dengan sempurna.

2. Danial yang menceritakan mengenai bahaya kilat kepada Jasmin dan Soo Mei

3. kita selalu mengantuk selepas makan kerana apabila kita makan dengan banyak semua makanan ini perlu dicernakan menggunakan tenaga yang lebih banyak. Organ pencernaan memerlukan pengaliran darah yang lebih banyak. Jadi, pengaliran darah ke otak kita berkurangan.

4. proses hujan perolakan berlaku apabila sinaran matahari yang panas terik, menyinari bumi ini. sinaran habamatahari mengakibatkan air di muka bumi ini tersejat menjadi wap air. Wap air yang ringan, nak ke atas dan terkondensasi menjadi tititsan air. Titisan air membentuk awan. Apabila terlalu banyak titisan air pada awan itu, awan menjadi berat. Apabila ia tidak mampu lagi menampung berat itu, titisan air itu turun ke bumi sebagai hujan.

5. Equilibrium bermaksud seimbang, atau sama imbang. Belon yang mengandungi tekanan udara yang tinggi bergerak ke arah tekanan udara yang rendah bagi mencari keseimbangan tekanan udara.