Sunday, January 31, 2010

Permulaan Tahun 2010

2010 animated glitter graphic, picture, image for Myspace comments, Orkut, Friendster, Hi5.
2010
Animated Glitter Graphics Comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Esok, 1 Februari 2010. Sememangnya 2010 bermula dengan baik. Insyallah, tahun ini adalah titik mula perjalanan sebagai penulis sepenuh masa. Karya sulung, Novel yang bertemakan sains dan teknologi, adalah dalam proses editing, ilustrasi, dan reka letak.

Novel Tim B.E.S.T. mengisahkan sekumpulan remaja yang berlainan personaliti, namun mereka disatukan oleh minat mendalam dalam melakukan pelbagai eksperimen sains dan teknologi.

Semua eksperimen yang dilakukan oleh Tim B.E.S.T. (Buat Eksperimen Sains dan Teknologi)mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Novel Tim B.E.S.T. akan diterbitkan oleh PTS PROFESIONAL Sdn Bhd pada tahun ini. Perancangannya adalah pada bulan Mac 2010. Insyallah.
Nantikan kemunculannya... Tim BEST!

No comments: