Sunday, January 31, 2010

Program Riuh PTS Pro di Karnival MPH




Semalam, bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam, Tim PTS Pro meluangkan masa bersama pengunjung Karnival MPH. Pelbagai aktiviti dilakukan dalam 2 jam itu (4-6petang) termasuk pertandingan teka berat buku, pertandingan mewarna, aktiviti suai dan padan, dan aktiviti berkeluarga. Nyata memang menyeronokkan!

Alhamdullillah, saya dapat meluangkan masa bersama Tim PTS Pro, dan penulis senior yang lain. Walaupun terasa sedikit penat, namun ia adalah kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan. Si kecil Danial juga nampaknya seronok berada di sana. Dia begitu sibuk mewarna dan membelek pelbagai buku yang ada di Karnival MPH itu.

Ini adalah sebahagian gambar yang sempat diambil. :0)


Danial bersiap-sedia. Misi: Mewarna.


Danial mula mewarna.


Aktiviti suai dan padan


Mengira bilangan ikan.


Seronoknya membaca!


Barisan penulis dan bakal penulis. :0)


Tim PTS Pro yang Hebat!

No comments: