Sunday, January 31, 2010

Projek Penterjemahan Terkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga semua urusan dipermudahkan olehNYA.

Projek penterjemahan terkini adalah buku Lords of the Rim, oleh Sterling Seagrave.




Selepas membaca buku ini sepintas lalu, timbul pelbagai cabaran yang perlu dihadapi. Antaranya...

1-Cabaran memindahkan mesej yang mengandungi pelbagai informasi sejarah sejak dinasti pemerintahan cina berkurun lamanya.

2-Cabaran memindahkan budaya yang sesuai dengan kebudayaan Malaysia. (PTS adalah penerbit syariah compliance)

3-Cabaran memindahkan informasi berkenaan dunia ekonomi yang kadang-kadang mengelirukan saya.

4-Cabaran memindahkan informasi berunsurkan politik yang kemungkinan menyentuh isu sensitif.

Ternyata, ini adalah cabaran yang baru. Tumpuan sepenuhnya akan diberikan kepada tugasan ini, tambahan dengan rujukan yang perlu dilakukan.

Semoga urusan dipermudahkan olehNYA. Insyallah! :0)

No comments: