Tuesday, May 18, 2010

Tip Freelancer: Kenapa mahu menjadi freelancer?


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Mudahan segala urusan berjalan dengan lancar.

Baru-baru ini saya mendapat banyak emel daripada teman dan kenalan bertanyakan pendapat dan nasihat mengenai kerjaya penterjemah, penulis, editor freelance sepenuh masa.

Sebenarnya saya sedikit terkejut menerima semua emel itu kerana saya merasakan masih banyak yang perlu dipelajari dalam dunia editing, penterjemahan dan penulisan ini. Namun begitu, saya akan berkongsi apa yang saya tahu melalui pengalaman sendiri, dan juga individu lain.

Saya kongsi dahulu kelebihan bekerja freelance:

1. Kebebasan waktu bekerja.
Apabila mahu terjun ke dunia freelance dan bekerja sendiri, perkara yang sering dicari adalah kebebasan waktu bekerja. Sudah nama pun bekerja sendiri, jadi jadual kerja perlu disusun sendiri.

2. Masa berkualiti dengan keluarga.
Apabila bekerja daripada rumah, pasti ahli keluarga selalu dapat bersama-sama meluangkan masa. Cabarannya adalah memastikan masa bersama keluarga tidak selalu menjadi distraction kepada kita

3. Tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas pada setiap pagi dan petang.
Ini kegemaran saya! Saya tidak suka memaksa diri memandu meredah jalan yang sesak melampau pada setiap pagi dan petang.

4. Tidak perlu selalu berdebat dengan pihak pengurusan.
Dapat travel ke sana ke mari, sesuka hati. Asalkan tempat yang pergi itu ada internet, kerja masih dapat dilakukan.

Apakah sebab kamu mahu menjadi freelancer?

[Dalam entri seterusnya, saya akan berkongsi mengenai kekurangan menjadi freelancer and cadangan mengatasinya. Nantikan! :D ]

2 comments:

farah hanani said...

yer...memang mahu jadi freelance tp agak sukar apabila ibu bapa fikir anak dia xde keje dan melepak sesuka hati di rumah..hahaha..

kena jadi freelance yg professional rasanya..

Fatimah Rodhiah Mohd Yusof / Umi Danial said...

Itu antara cabarannya.

Setiap cabaran ada penyelesaiannya. :D Saya akan kongsi dalam entri seterusnya.

Apa yang dimaksudkan dengan freelance professional?