Cara Menggunakan FaceBook bagi Tujuan Bisnes
Oleh: Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS
Oleh: Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS
Bagi mencipta kita orang yang dipandang bagus, caranya adalah dengan menampilkan petanda kebagusan personaliti kita.
Antara tanda kita orang yang bagus adalah:
(i) Kita menulis posting yang menaikkan nilai-sosial diri kita. Dalam kata lain, orang suka membaca apa yang kita tulis disebabkan ia berguna kepada mereka.
(ii) Kita tidak menulis posting yang mencipta konflik dengan mana-mana pihak.
(iii) Kita menulis komen positif pada posting sahabat FB.
(iv) Kita menaikkan kredibiliti kita dengan menulis fakta sahaja, bukan pendapat ataupun penilaian.
(v) Kita menulis dengan menggunakan bahasa yang elok, tersusun, dan sopan.
(vi) Apabila ada sahabat FB yang sakit ataupun ditimpa kesusahan, kita mendoakan mereka.
dan seterusnya.....
Selagi orang belum yakin kita seorang yang bagus, jangan iklankan produk kita dahulu. Tunggu... Hanya apabila orang sudah betul-betul suka pada kita (nilai sosial kita tinggi), barulah sekali-sekala kita iklankan produk ataupun perkhidmatan kita.
Prinsip ini banyak persamaannya dengan iklan di TV. Kita tidak marah kepada pengiklan yang mengganggu siaran, dan kita sabar menunggu iklan itu tamat, hanya apabila program itu sangat bagus!
-----
Facebook (FB) adalah antara rangkaian sosial yang terpopular di Malaysia. Banyak sebenarnya kegunaan FB ini, selain daripada bersosial, mencari rakan baru, dan bermain online games.
Terpulang kepada kita menggunakan apa yang ada, dengan sebaik mungkin. :0)
-FRMY-
No comments:
Post a Comment