Saturday, March 6, 2010

Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang. 26 - 28 Februari 2010

Pada 26-28 Februari 2010, kami ke Bukit Gambang Resort City di Kuantan, Pahang. Kami pergi berenam + Danial = 7 orang semuanya.

Malang tidak berbau, kereta yang biasa digunakan bagi perjalanan jauh seperti ini, rosak pula. Terpaksa dihantar ke workshop pada Jumaat pagi. Jalan penyelesaian? Sewa kereta! Ini kereta yang disewa. Nasib baik berbaloi. :0)


Kami bertolak pagi dan tiba di sana dalam jam 2 petang. Terus check in, dan berehat dulu di bilik. Pada sebelah petang, ayah, makcik, dan pakcik Danial, dengan Danial sekali terjun kolam renang.

Kolam renang ini best! Namun, sedikit berbahaya kerana tiada pagar yang menghalang kanak-kanak daripada terjun terus ke dalam kolam semulajadi di bawah!



Malam, kami ke Beserah, Kuantan (dalam 45 minit memandu) bagi menikmati makan malam seafood di tepi pantai Beserah! Nyaman angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Danial sudah tidak sabar. Lapar. Serbu!!!


Hari kedua: Menaiki tren ke Bukit Gambang Waterpark. Mahu berjalan kaki, agak jauh juga.
Selepas pulang dari Waterpark, semua pengsan sehingga petang!






Malam, dinner di resort sahaja. Selepas dinner, kami bersantai dan berseronok di pusat hiburan keluarga yang ada di resort.



Hari Ketiga: Selepas sarapan pagi, ayah, makcik, dan pakcik Danial, dengan Danial sekali terjun kolam renang, buat kali terakhir di BGRC. Umi Danial pulang ke bilik dan mula mengemas.




Jam 1 tengahari, kami check out. Singgah membeli keropok lekor dahulu, sebelum bertolak pulang.

No comments: