Tuesday, March 9, 2010

Tip Membeli Buku di Pesta Buku

Para pencinta buku yang pasti mahu menyerbu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), ini tip khas buat anda! Buat diri saya juga! :0)

-FRMY-

--------

Tip Membeli Buku pada Pesta Buku

Tuan Roslee Saad ( FB : http://www.facebook.com/profile.php?id=1790244963 ), berkongsi tip-tip berguna yang dapat dipraktikkan oleh pencinta buku ketika berkunjung ke pesta buku.

Berikut ialah tip membeli buku pada pesta buku :

1. Bawa beg beroda yang kecil

2. Kutip semua katalog dahulu

3. Lihat katalog, tanda buku mana yang diminati

4. Jangan terus beli, ronda dulu

5. Jika tiada diskaun, jangan beli.

6. Jangan pergi hari Sabtu/Ahad

7. Jangan bawa anak. Tak larat layan penjual ensiklopedia

8. Berlakon bisu depan promoter belajar BI

9. Bawa air mineral sebotol. Dahaga nanti.

10. Sediakan kad kredit kalau tak cukup wang tunai

11. Jauhi promoter ensiklopedia.

12. Merayau sendirian. Jika bawa kawan minta dia jangan ikut waktu kita memburu buku.

13.Hadir sesi bedah buku jika berkesempatan

14. Buku laris biasanya menjadi killer product penerbit. Tanya jurujual buku apa yang laris dari syarikatnya.

15. Jika buku berbalut, buka balutannya dan periksa luar, dalam baru bayar.

16. Buku berbalut, bila buka balutan dan rasa tidak berminat.Letak/beri saja pada jurujual & cari buku lain

17. Simpan resit. Buat tuntutan cukai pendapatan

Sebarkan nota ini kepada rakan-rakan yang mencintai buku. Selamat membeli belah di PBAKL tidak lama lagi.

Kredit tip milik Tuan Roslee Saad : http://www.facebook.com/profile.php?id=1790244963

+++++++++++++

Kelab Tidur Dengan Buku : http://www.facebook.com/KelabTDB

+++++++++++++


No comments: