Saturday, March 20, 2010

Berita terkini: Kemunculan buku Tim B.E.S.T. di pertengahan PBAKL 2010. Insyallah! Amin!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari Jumaat, 19hb Mac 2010, saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sedang berlangsung sehingga 28hb Mac ini.

Antara misi utama ke sana adalah mencari bahan baru bagi penulisan buku novel Tim B.E.S.T. yang seterusnya dan beberapa siri yang sedang dirancang. Saya juga mahu mendapatkan pelbagai buku terbitan terbaru PTS dan beberapa penerbit lain.

*Saya akan menulis lebih lanjut mengenai PBAKL 2010 ini dalam posting yang berbeza.

Mahu dipendekkan cerita, saya berjumpa dengan Editor saya yang comel lote iaitu Cik Puan Shiela. Belum saya sempat bertanyakan apa-apa, Shiela terus berkata, "Kak Tim, buku Tim B.E.ST. sedang dalam printing! Insyallah, jika tiada aral, pasti keluar minggu hadapan, di pertengahan PBAKL!"

Saya tersenyum panjang! Wahhh... Hasil karya yang pertama. Berdebar-debar juga ada! Bagaimana penerimaan pembaca di luar sana? Misteri yang akan terjawab tidak lama lagi.
Apa yang penting, dalam apa jua keadaan, perlu sentiasa membuka minda, bagi menerima sebarang pendapat, komen dan kritikan yang membina.

Insyallah, siri yang seterusnya menjadi lebih berkualiti dan lebih baik. Amin!

Tidak sabar bertemu Danial, Iskandar, Vela, Soo Mei, dan Jasmin. - Ahli Tim B.E.S.T.!

No comments: