Tuesday, March 23, 2010

E-Book Rahsia Publisiti



eBook Rahsia Publisiti ini dihasilkan oleh Tuan Harlym Yeo, pengamal media yang tidak asing lagi dalam dunia penyiaran di Malaysia.

eBook Rahsia Publisiti ini mengandungi pelbagai informasi berguna, terutama dari segi amalannya di Malaysia. Ramai yang mengganggap bagi mendapatkan publisiti produk atau organisasi di media massa, memerlukan wang yang banyak, kerana iklan berkos tinggi.

Namun, rahsia sudah terbongkar!

Publisiti di akhbar dan majalah, dapat dilakukan dengan kos yang rendah, dan tidak mustahil, PERCUMA!

Sebagai pensyarah bidang komunikasi massa, informasi ini mengukuhkan lagi pengajaran di dalam kelas. Tuan Harlym berjaya menyampaikan segala maklumat berkaitan publisiti dengan jelas dan mudah difahami.

Beliau juga membezakan pengiklanan dan publisiti, menjernihkan dan menidakkan anggapan popular iaitu pengiklanan dan publisiti adalah perkara yang sama.

Banyak tip berguna yang dikongsikan, termasuk tip penyediaan kenyataan media, tip persediaan wawancara media, dan tip mengundang media ke sidang media.

Selama ini anda beranggapan, hanya organisasi tertentu sahaja yang dapat ruang di media massa? Nyata anggapan ini salah! Sesiapa sahaja mempunyai peluang dipaparkan di dalam akhbar atau majalah.

Nilai tambahan eBook ini terletak pada senarai penerbit dan penerbitan di Malaysia. Hebat! Senarai yang pasti dapat membantu dalam rancangan publisiti anda.

Apa tunggu lagi? Download sekarang di http://www.rahsiapublisiti.com/

Ikuti juga http://rahsiapublisiti.blogspot.com/, bagi mendapatkan panduan meraih liputan media secara percuma, yang dikemas kini dari masa ke semasa. :0)

Terima kasih Tuan Harlym atas kongsian yang cukup bermakna!

No comments: