Monday, March 22, 2010

Hobi Jasmin, ahli Tim B.E.S.T




Setiap ahli Tim B.E.S.T mempunyai hobi dan kegemaran masing-masing.Keistimewaan itu menceriakan dan mewarnai Tim B.E.S.T.

Hobi Jasmin ini sememangnya menarik! Dia suka mengumpul poskad dari seluruh pelusuk dunia! Kata Jasmin, "Saya mahu melawat ke setiap tempat menarik ini! Poskad ini semua adalah tingkap kepada dunia yang luas, di luar sana."

Setiap hari, apabila pulang dari sekolah, Jasmin pasti meluru terus ke peti surat rumahnya, mahu melihat jika ada poskad baru yang diterimanya. Bagaimana dengan hari ini? Ada! Sangat cantik! Semua kad ini diterima daripada Susan P. dari California.

Ada sesiapa yang mempunyai hobi yang serupa seperti Jasmin?


Poskad ini dipanggil 'map card' kerana ada peta di atasnya.
Poskad jenis ini susah didapati di Malaysia.



California State Capitol

Sacramento, California

Bangunan Kerajaan Negeri California yang indah ini dibina pada 1874 dan ia dipulihkan semula pada tahun 1982. Dalam Capitol Building ini ada tujuh ruang muzium bersejarah mempamerkan pelbagai sejarah dan maklumat berharga mengenai kerajaan negeri itu.




Terdapat pelbagai bentuk geografi di California, daripada puncak Sierra Nevada Mountains, ke pantai berpasir di persisiran lautan Pasifik. Dari kiri ke kanan, sukan ski salji yang dapat dilakukan di lereng di Mammoth Mountain, Hutan Pokok Joshua yang cantik di barat daya padang pasir. Golden Gate Bridge di San Francisco, CA. Mouth Witney, puncak tertinggi yang terletak berdampingan dengan 48 negeri, dan salah satu pantai yang indah di California selatan.



Keempat-empat kad di atas, diletakkan di dalam kad bergambar Snow man ini. Kad ini menarik kerana ada 'glitter' di atasnya!



Scottsdale, Arizona

Nama asal bandar Scottsdale, AZ adalah Orangedale . Pada 1894, namanya ditukar menjadi Scottsdale, sebagai penghargaan kepada pengasas bandar iaitu Winfield Scott. Kini, kawasannya meliputi kira-kira 183.4 batu persegi dan adalah dikenali sebagai salah satu bandar mewah di Arizona.


1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.