Tuesday, September 27, 2016

Ada Sahaja Idea!

(Post asal disiarkan dalam FB pada 28 Julai 2016)

Kisah Si Cilik Super Aktif Super Bijaksana

Ada Sahaja Idea!

Memandangkan Rayyan, si cilik bijaksana ini sangat aktif, ruang tamu rumah sudah ditukar menjadi playground. Di sinilah dia akan memanjat, melompat, meniarap, berlari, berpusing, mengelungsur dan macam-macam lagi lah.

Semua pintu ke ruangan lain, seperti dapur, tangga ke tingkat atas, dan tempat kerja/belajar, dipasang dengan pagar keselamatan (safety gate), supaya Rayyan tidak dapat ke ruangan lain. Ada 3 safety gate, dan 2 dipasang di tangga, atas dan bawah.

Pagar keselamatan itu MESTI ditutup sepanjang masa. Sekiranya dia nampak ia terbuka, laju sahaja meluru ke ruangan sebelah sana. Sekiranya ke ruangan kerja/belajar, mulalah drama dengan Abang Danial.

"Umi, Rayyan pecahkan Lego saya!"
"Rayyan, keluarrr keluarrr! Ini tempat abang"
"Siapa tak tutup pagar ni. Rayyan dah masukkk!"

Soalan terakhir itu selalu dijawab dengan jelingan tajam umi.

"Siapa yang masuk dan tak tutup pagar?"

Tersipu-sipu Danial akan menjawab, "hehehehe, sayalah."

Ruangan dapur yang berkonsep terbuka, membolehkan pemantauan si Rayyan semasa sibuk menguruskan apa2 yang patut.

Namun, kadang2 tak tenteram juga sekiranya tidak nampak apa yang dilakukan oleh si cilik bijaksana ini.

Pada hari itu, Rayyan sedang bermain seperti biasa.

Sekali pandang, nampak dia bermain.
Dua kali pandang, eh eh dah hilang? Laju betul!

Mana dia pergi?

Jenguk bawah meja, tiada.
Lihat bawah tangga, tiada.
Belakang sofa, tiada.
Depan TV dah sah tiada, sebab TV tidak dipasang.

Keluarkah?

Ada ruangan bergrill di luar pintu slinding.
Tiada juga.

Ke mana pulaaa dia pergi ni?

“Rayyan! Rayyan!”

Senyap. Tiada jawapan.

Hilang lagi! Ke mana lah anak umi ni?

Suara bertambah tinggi. “Rayyan! Rayyan!”

Tiba-tiba dengar sayup sayupp suara...

'Nguuuuggghhh'

Di tingkat atas!

Bagaimana dia boleh naik pula ni?

Pagar keselamatan bertutup rapat, berkunci.

Ruangan terbuka di sisi tangga juga sudah dihalang dengan kotak berat. Tidak boleh lalu lagi. Sebelum ini dia pandai meniarap melalui ruangan itu untuk bypass safety gate.

Rupa-rupanya....

Alahai anak umi!

#SiCilikSuperBijaksana

No comments: