Tuesday, September 27, 2016

Mari Berkenalan!

(Post asal disiarkan dalam FB pada 9hb Ogos 2016)

Mari Berkenalan!
Ramai rakan baru di FB yang baru saya luluskan permintaan mereka. Rakan FB baru dan lama, marilah kita berkenalan!
1. Nama penuh seperti nama di FB - Fatimah Rodhiah Mohd Yusof. Biasanya dipanggil dengan nama Fatimah atau lebih mesra Tim. Nama lain, biasanya saya tak jawab sekiranya dipanggil. hahaha
2. Stay-at-mom dengan kerja tak pernah habis. Uruskan 2 si cilik super aktif, super bijaksana. Danial sudah darjah 3, Rayyan 3 tahun bulan ini. Macam2 karenah, macam2 cerita!
3. Penterjemah bebas sepenuh masa. (Professional Freelance Translator)

- Sudah lebih 10 tahun menterjemah pelbagai dokumen korporat, artikel, iklan, perubatan, dll.

- Sedang menterjemah buku ke-10. Semua 9 buku lain ada di kaver FB. :D

- Pemenang Anugerah Terjemahan Negara 2012 (kategori sains sosial) - Buku Cina Penakluk Bisnes Di Lautan Pasifik.

- Uruskan laman FB Penterjemah SuperProfessional Freelance Translator English - Malay dan blog www.timpenterjemahsuper.com

- Bengkel latihan penterjemah baru kendalian saya hanya dilakukan sekali setahun. Eksklusif gitu! Alumni bengkel dapat keistimewaan menerima latihan penterjemahan berterusan.
4. Baru 6 tahun melibatkan diri dalam dunia penulisan. Menulis buku kanak-kanak/awal remaja dengan nama pena Umi Danial. Karya bertemakan sains – Siri Tim BEST (Buat Eksperimen Sains dan Teknologi)terbitan PTS. Semua gambar karya saya ada di kaver FB di atas tu. Mahu terus menulis buku kanak-kanak bertemakan sains. Kadang-kadang turut serta dalam komplot penulisan cerpen dengan sahabat penulisan lain dengan nama pena lain.
5. Suka jalan-jalan, kembara ke merata tempat. Ke mana sahaja pergi, 2 cilik super bijaksana itu akan diangkut sekali, sekiranya boleh. Semasa travel pun macam-macam cerita. Uruskan laman FB Kembara Tim BESTdan blog www.kembaratimbest.blogspot.com, khusus kisah kembara dengan anak-anak.
6. Pernah bertugas sebagai Pensyarah Komunikasi Masa (Mass Communication) di kolej swasta di Wangsa Maju, KL selama hampir 8 tahun. Mengajar subjek2 - Introduction to Mass Communication, Theories in Mass Communication, Ethical Issues & Legal Framework, News Writing & Reporting, Communication Skills, Public Relations Case Study, Soft Skills Development 3 dan Jumpstart Creativity. Masa yang sungguh seronok! Kecuali....trafic jem! Super stres dan super mencabar meredah keadaan super jem gila hampir setiap hari.
7. Siaran TV sudah lama tidak dibuka di rumah. Terlalu banyak pengaruh kurang sihat untuk 2 si cilik bijaksana saya. TV hanya digunakan untuk menonton video/cerita pilihan. Itupun selepas melalui saringan ketat berdasarkan Garis Panduan Kelulusan Umi.

- Khusus untuk Danial, gajet (tv, dll) hanya dibenarkan penggunaan pada hari sabtu dan ahad SAHAJA. Itupun selepas siap semua kerja sekolah dan siap latihan 10 ms untuk sebarang subjek. Sambil tonton tv, perlu kemas/lipat baju sendiri. Habis satu cerita, kelulusan perlu diminta semula. Haha!

- Khusus untuk Rayyan, hanya satu cerita dibenarkan ditonton dalam satu hari. (walaupun kadang2 terbabas 2 cerita). Kemudian, dia akan sepahkan satu rumah dan peningkan Umi dengan macam-macam aktiviti. Si cilik super aktif super bijaksana ini biasanya tidak tidur siang. Malam hari memang nyenyak sampai jam 4/5 pagi keesokannya.
* Saya memang jarang kongsikan perkara peribadi di laman FB ni. Sekali sekala ada kongsi posting menarik, yang saya percayai ada kebaikan kepada rakan lain. Sekali sekala ada rakan-rakan yang tag saya untuk pelbagai sebab ---> tag yang akan disemak dahulu baru diluluskan.
**Komain panjang cerita!
Agaknya kisah apa yang kalian mahu baca di sini?
Ada soalan? Tanya sahaja!
--------------
Bonus tambahan! (7 seperti tidak cukup...haha!)
8. Pernah menjadi Jurulatih PLKN. Antara jurulatih pioneer paling awal semasa PLKN baru dimulakan. Modul Pembinaan Karakter, Kenegaraan dan Khidmat Komuniti . Sama batch awal2 dengan Azzah Abdul Rahman. (Terima kasih ingatkan pasal modul tertinggal tu. haha!)
9. Dulu2 sangat aktif dengan aktiviti sukarelawan belia dengan Majlis Belia Malaysia, Unit Rakan Muda, Unit Hubungan Antarabangsa KBS, Pusat Belia Antarabangsa, Persatuan Pengakap Malaysia, GPMS, dan lain-lain. Sangat aktif sehingga terpilih menjadi wakil belia Malaysia ke Korea. Program ASEAN-Korea Youth 2003. Masa tu zaman Winter Sonata, siap ada iteneri program pergi ke resort salji dalam Winter Sonata tu! K-POP ni semua belum wujud lagi ya.

No comments: