Tuesday, September 27, 2016

Super Aktif, Super Bijaksana

(Post asal disiarkan dalam FB pada 26 Julai 2016)
Kisah Si Cilik

Super Aktif, Super Bijaksana


Si cilik kedua saya ni memang sangat aktif, super aktif. Banyak betul tenaga dia! Umi bertambah semput melayannya.

Pantang pintu depan rumah terbuka, laju sahaja dia meluru keluar. 

Semasa mahu sidai pakaian di luar rumah, pintu grill memang tidak disangkut mangga. Mudah untuk diangkut pakaian keluar ke tempat ampaian.

Namun, pintu pagar luar rumah memang sentiasa ditutup dan dikunci.

Biasanya si cilik ni akan bantu menyidai pakaian. Selepas itu berdesup dia hilang. Saya akan biarkan dia main sekejap sementara siapkan sidai semua pakaian.

Namun, pagi ini selepas selesai, saya tidak nampak Rayyan di tempat biasa, mencangkul pokok di belakang rumah.

Sudah masuk rumah kot?
Eh, tiada?

Alamak! Lupa kunci pagar kah?
Tidak, pagar memang dikunci macam biasa.

Berlari keluar masuk saya menjerit memanggilnya, 'Rayyan! Rayyan!'

Senyap. Tiada jawapan.

Okay. Sudah mula cuak...

Alahai...boleh hilang juga di rumah sendiri?

Suara memanggil bertambah tinggi. Mana tau dia tidak dengar umi memanggil.

Tiba-tiba dengar sayup sayupp suara...

'Nguuuuggghhh'

Di luar rumah. Giliran saya pula meluru ke luar.

Dari bawah kereta, dia merangkak-rangkak keluarrr perlahan-lahan.

Alahai anak umi...

Pertama kali dia buat perkara ini!

#SiCilikSuperBijaksana



No comments: