Tuesday, September 27, 2016

Kisah Si Cilik Super Aktif Super Bijaksana: Penunggu Di Muka Pintu

(Post asal disiarkan dalam FB pada 12hb Ogos 2016)

Kisah Si Cilik Super Aktif Super Bijaksana:


Penunggu Di Muka Pintu

Pantang melihat umi lengkap berpakaian dan bertudung, atau melihat ayah bersiap sedia mahu keluar, si kecik super aktif super bijaksana ini lebih pantas bergerak. Dia akan berdesup menjadi orang pertama di muka pintu.

Sekiranya dia tak dapat ikut sekali, pasti meraung sakan seperti sakit super melampau.

Biarkan sahaja!

Apakah?!

Salah satu pesan saya kepada ayahnya sejak Danial kecil dahulu, dan terus diamalkan dengan Rayyan, sehingga sekarang.

Jangan sesekali 'menipu' anak kita.

Wah! Kasar pula bunyinya. Bukan begitu maksud saya.

Apabila kita keluar ke tempat kerja, ke surau atau ke mana sahaja atas urusan penting, kita tidak dapat membawa si kecik bersama.

Apabila dia meraung sakan sehingga bergema satu taman perumahan, jangan menipu anak dengan berkata (sebagai contoh)

"Jangan nangis, nanti ayah bawa jalan"

"Duduk diam, nanti ayah belikan hadiah"

"Tunggu dalam ya, nanti ayah bawa sekali."

Hanya untuk memastikan si kecik diam dan tidak meraung, kita sudah "menipu" dan menabur janji palsu.

Takpa, anak tu kecil lagi.

Eh! Sebab dia kecil lagi lah kita tak boleh buat begitu.

Jadi mahu buat apa?

Berterus terang sahajalah.

"Ayah nak pi kerja/surau/keluar sebab ada kerja. Tak boleh bawa Danial/Rayyan sekali. Duduk rumah baik2 jaga umi ya. InsyaAllah nanti kita jumpa bila ayah balik nanti ya."

Selepas itu peluk cium si cilik itu sepuas hati.

Hulurkan tangan supaya dia salam dan cium tangan kita.

InsyaAllah, walaupun dia masih kecil lagi, dia memahami kata2 kita.

Sekiranya dia meraung lagi, biarkan sahaja! Peluk cium dan terus pergi.

Pandailah uminya memujuk dan buat dia senyap! Haha!





No comments: