Tuesday, September 27, 2016

Tip #2 Jaga Pemakanan

Tip Menguruskan Anak Super Aktif Super Bijaksana: 

Tip #2 Jaga Pemakanan
Si cilik super aktif super bijaksana ini super bertenaga. Jadi perlu betul2 memilih menu makan dan minumnya, termasuk bahan sesi kunyah2 sepanjang hari.
*Seisi keluarga perlu amalkan perkara ini. Serius!
-------------
1. Makanan larangan. BIG NO NO. Semua yang manis2 dan ada bahan kimia tambahan yang entah apa2.
Benda2 manis ini membuatkan si cilik lebih aktif. Ia perlu dikurangkan atau dibuang terus.
- Jajan (semua jenis cikedies cikeduss) terutama yang bergula dan bermasin (msg yooo!)
- Gula-gula & coklat: Tidak kira dibeli sendiri atau hadiah. Terutama hadiah tetamu (biasanya benda manis khusus untuk budak2) yang diberikan semasa majlis hari jadi, kenduri kahwin, akikah atau apa juga jenis kenduri kendara yang lain.
Ehh? Takkan kita tidak mahu terima buah tangan daripada tuan rumah? Tidak sopan begitu!
Kita sebagai ibu bapa perlu menyaring semua benda yang dimakan dan diminum oleh anak. Sekiranya tidak mahu kecilkan hati tuan rumah, terima hadiah itu dengan senyuman dan ucap terima kasih. Kemudian, terus sorokkan daripada pandangan si cilik kita. Sekiranya dia tidak nampak, dia tidak akan minta. Balik rumah nanti ibu bapa boleh makan gula2 tu sendiri. Ya! Tahu sangat! Makanlah, jangan di depan si cilik.
*ini salah satu sebab saya amalkan pemberian hadiah buku kepada para tetamu majlis kendalian saya. Biar mereka kenyang ilmu baharu. InsyaAllah. Seronoknya pun lain macam bila dapat buku!
2. Big NO NO - Air bergas, kordial dan semua air manis yang sewaktu dengannya. Ini perlu diamalkan sejak kecil lagi. Minum air masak SAHAJA. Pastikan air masak ada banyak di rumah. Tidak kira panas, suam atau sejuk.
Sekiranya ibu bapa kemaruk nak juga minum air manis, sorok dan minum jauh daripada pandangan anak.
Kalau air manis sejuk sudah sedia ada di atas meja, orang berpuasa pun akan bergegar anak tekak.
3. Siap sedia juga botol air untuk dibawa ke mana-mana. Jadi tidak perlu beli air manis apabila keluar berjalan2. Lebih baik, sediakan botol air untuk setiap ahli keluarga. Ya, satu setiap seorang!
Elakkan juga untuk meminta air manis sekiranya makan di luar. Sekiranya tak tahan juga (baca: ibu bapa), minta satu cawan sahaja dan kongsi.
4. Pemberian susu melalui botol juga perlu dicatu. Pilih jenama susu yang paling sedikit kandungan gula. Jenama susu Rayyan ditukar hampir serta merta kerana jenama sebelum ini dikatakan susu yang paling banyak kandungan gula. Susu juga diberikan pada waktu siang sahaja.
Sekiranya si cilik masih menyusu badan, si ibu MESTI catu pemakanan kerana semua yang dimakan, zat itu akan diturunkan kepada si cilik melalui susu badan.
5. Sediakan beberapa jenis kudapan untuk si cilik bagi mengelakkan dia menguyah benda lain. Pastikan ia tidak manis atau bersalut gula. Antara pilihan - keropok ikan, keropok sayur, keropok kacang dal dan kerepek bawang.
6. Satu-satunya benda manis yang dibenarkan adalah buah-buahan. Itupun buah-buahan pilihan sahaja. Antara buah-buahan kegemaran Rayyan - pisang, mangga, jambu batu dan tembikai susu. Kadang-kadang ada buah-buahan tempatan lain, pemberian atok abah khusus buat si cilik super bijaksana. Namun, pastikan pengambilannya dikawal. Terlalu banyak dimakan pun akan menyumbang kepada peningkatan tenaga si cilik.
7. Pengambilan biskut dan roti juga perlu dipilih dengan teliti. Roti dan biskut mengandungi mentega dan gula yang menyumbang kepada penambahan tenaga. Pilih biskut dan roti tanpa bersalut atau berintikan gula / isi manis. Rayyan paling suka roti 80 sen yang berintikan vanila. Isi itu biasanya dikeluarkan dahulu sebelum diberikan kepada Rayyan. Sekali sekala bolehlah makan rasa sikit inti vanila itu.
8. Makanan utama Rayyan adalah nasi putih bersup jernih. Dia tidak akan usik sekiranya nasi itu berkuah berwarna, seperti kicap, atau masak kurma. Elakkan berikan makanan pedas kepada si cilik. Ini akan menyebabkan dia kenyang air sebab minum banyak sangat. Kadang-kadang dia makan nasi ayam bersup atau nasi beriyani kosong. Pilih makanan yang paling kurang 'karbo'.
9. Latih si kecil makan lebih sayuran hijau, ini sememangnya mencabar sedikit kerana dia akan membluekkkan semua keluar apabila dimakan.
10. Elakkan memberikan si cilik makanan berproses seperti burger, naget, fries dan semua sewaktu dengannya. Namun, ini agak mencabar kerana ia mudah disediakan dan senang dimakan si cilik. Rayyan juga suka naget dan kentang goreng. (Selama ini dia tidak sukakan naget, baru mula sahaja.) Jadi, berikan sekali sekala sahaja. Jangan amalkan menjadi makanan ruji.
-------------
*Pastikan ibu / bapa makan dahulu sebelum memberi makan kepada si cilik. Apabila tidak lapar, kita akan lebih bersabar menangani karenah si cilik ketika dia makan.
-----------




 Rayyan menikmati makanan dengan penuh perasaan!


Haha. Ramai yang mengatakan lebih mesra ibu suapkan anak makan. Betul.
Pada yang sama, berikan ruang untuk si cilik makan sendiri dengan pemantauan. Ini melatih sendi motornya untuk bergerak lebih baik.

No comments: