Tuesday, September 27, 2016

Tip #3 Perangi Pencetus Ekzema

- Tip Uruskan Anak Super Aktif Super Bijaksana - 


Tip 3# Perangi Pencetus Ekzema
Semasa si cilik bijaksana yang pertama masih kecil, Danial turut mengalami keadaan kulit sensitif atau ekzema. Puas berpantang makanan yang berpotensi mencetuskan rengsaan, namun ia masih berlaku, dan bertambah teruk.
Akhirnya kami merujuk kepada pakar kulit tentang keadaan ini. Selepas beberapa sesi perjumpaan, ujian darah dilakukan untuk mengenal pasti punca pencetus ekzemanya.
Beberapa pencetus popular dipilih (telur, ayam, makanan laut, debu hama, kekacang...) untuk melihat sama ada ia memberikan reaksi positif atau sebaliknya.
Selepas beberapa bulan, keputusan menunjukkan pencetus ekzema si cilik bijaksana saya adalah debu hama. Satu lagi pencetus yang dikenal pasti (mengikut pemantauan berterusan) adalah peluh.
(Bertuahlah kalau dapat halang budak aktif daripada berpeluh! Lebih aktif lebih banyak berpeluh!)
Selepas itu lebih mudah dikawal supaya tidak mencetus ekzema yang lebih teruk.
Saya akan pastikan:
1. Si cilik saya kerap mandi setiap kali dia berpeluh. Seperti sejurus balik sekolah, balik daripada main di padang, atau bila2 masa berada di bawah terik mentari.
Bahkan si cilik akan disuruh mandi sekiranya nampak dia mula mengaru2 badan. Semakin digaru, berpotensi semakin melarat jangkitan kulit.
2. Gunakan sabun yang sesuai dengan kulit sensitif. Ada sabun khusus di pasaran untuk tujuan ini. Saya gunakan sabun seperti susu kambing, madu dan teh hijau kerana lebih mudah didapati.
3. Selepas mandi, keringkan badan betul2 dan sapukan pelembab kulit. Apabila kulit kering, ia menjadi lebih cepat gatal. Ada banyak losyen pelembab khusus kulit sensitif di pasaran. Pilih mana yang sesuai untuk kulit anak kita. Buat si cilik saya, digunakan losyen DermaVeen, Oatmeal Moisturising Lotion. Sudah banyak produk digunakan, ini yang paling berkesan.
4. Selepas mandi, tukar semua pakaian baru, daripada pakaian dalam dan luaran. Sekiranya 10 kali mandi dalam sehari, 10 kali lah tukar baju.
5. Pastikan pakaian yang dibeli adalah pakaian yang mudah serap peluh dan cepat kering apabila berpeluh. Lebih banyak peluh melekat di badan, lebih cepat rasa gatal. Lebih baiklah cepat mandi!
6. Satu lagi pesan kepada si cilik, apabila menggunakan tandas duduk, pastikan ia kering sebelum di duduk. Sekiranya ia basah, cuci dulu dengan air, kemudian baru duduk.
7. Rumah kami juga tiada karpet kerana ia berpotensi mengumpulkan debu hama.
Doktor juga ada berpesan, jangan kerap gunakan produk 'pencuci kuat' seperti D... Ia boleh menjadi pencetus.
Apabila dapat mengurangkan potensi pencetus ekzema lebih mudah uruskan dua si cilik aktif bijaksana ini.
- Umi DR
Senang Hati Tengok Kulit Lembut Lagi Licin

No comments: